GAZA - Seramai 86 lagi rakyat Palestin maut manakala 131 cedera di Semenanjung Gaza sepanjang 24 jam yang lepas.
Ini menjadikan jumlah korban akibat serangan rejim Israel sejak 7 Oktober lepas meningkat kepada 29,692 manakala 69,879 individu lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan di Gaza, lapor Agensi Berita WAFA.
Sementara itu, ambulans dan pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk sampai ke lokasi serangan dan banyak mayat masih tertimbus di bawah runtuhan atau terbiar di jalan raya ketika tentera Zionis terus menyasarkan kakitangan pertahanan awam dan anggota perubatan.
Pencerobohan Israel ke atas Gaza mengakibatkan 85 peratus penduduknya hilang tempat tinggal di tengah-tengah ancaman kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan dan 60 peratus daripada infrastruktur rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Buat kali pertama sejak Mahkamah Keadilan Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1948, Israel telah dituduh melakukan genosid. - Bernama-WAFA
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment