NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anak bumiputera keciciran pendidikan : “Usah bantu bumiputera miskin dan malas” – Penyelidik Pendidikan



  • “Jadi bukanlah miskin itu menjadi punca mengapa anak-anak bumiputera ketinggalan. Tetapi SIKAP ibu bapa yang tidak pentingkan pendidikan adalah punca utama.” – Penyelidik pendidikan, Dr Anuar Ahmad.
  • “Ada banyak kes, anak-anak ponteng sekolah, ibu bapa tak tahu. Ada keadaan ibu bapa langsung tidak memeriksa kerja rumah anak-anak yang diberikan oleh guru. Malah ada ibu bapa yang tak kisah pun kalau anak-anak mereka berhenti sekolah.
  • “Jadi, kita harus belajar dari pengalaman ini. Jika nak jayakan pendidikan anak-anak bumiputera miskin, kerajaan perlu ada polisi bantuan yang menggunakan pendekatan pro-progresif. Beri bantuan pada ibu bapa Bumiputera yang mahu majukan anak-anak dalam pendidikan.
  • “Bukan beri bantuan pada semua ibu bapa tanpa ada pendekatan pro progresif. Misalnya, jangan ‘ditaburkan’ duit rakyat untuk tujuan bantuan pendidikan pada semua keluarga bumiputera miskin, tanpa ada sasaran. Akhirnya, duit rakyat dibelanjakan secara tidak berkesan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Kemiskinan bukan lagi punca utama anak-anak bumiputera keciciran dalam pendidikan, sebaliknya ia disebabkan sikap ibu bapayang tidak mementingkan perkara itu.

Penyelidik pendidikan, Dr Anuar Ahmad berkata walaupun miskin, ada ibu bapa bumiputera yang mementingkan pendidikan anak-anak akan berusaha mencari peluang memajukan pendidikan anak-anak mereka, selain bantuan kerajaan juga banyak membantu usaha mereka.

Beliau berkata ini bermaksud jika ibu bapa mempunyai sikap untuk berusaha walaupun miskin, anak-anak mereka tetap boleh berjaya dalam pendidikan. 

“Jadi bukanlah miskin itu menjadi punca mengapa anak-anak bumiputera ketinggalan. Tetapi SIKAP ibu bapa yang tidak pentingkan pendidikan adalah punca utama.

“Ada banyak kes, anak-anak ponteng sekolah, ibu bapa tak tahu. Ada keadaan ibu bapa langsung tidak memeriksa kerja rumah anak-anak yang diberikan oleh guru. Malah ada ibu bapa yang tak kisah pun kalau anak-anak mereka berhenti sekolah.

“Jadi, kita harus belajar dari pengalaman ini. Jika nak jayakan pendidikan anak-anak bumiputera miskin, kerajaan perlu ada polisi bantuan yang menggunakan pendekatan pro-progresif. Beri bantuan pada ibu bapa Bumiputera yang mahu majukan anak-anak dalam pendidikan.

“Bukan beri bantuan pada semua ibu bapa tanpa ada pendekatan pro progresif. Misalnya, jangan ‘ditaburkan’ duit rakyat untuk tujuan bantuan pendidikan pada semua keluarga bumiputera miskin, tanpa ada sasaran. Akhirnya, duit rakyat dibelanjakan secara tidak berkesan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Anuar berkata disebabkan sikap segelintir ibu bapa ini juga menyebabkan berbilion ringgit duit rakyat yang dilaburkan buat anak-anak bumiputera tidak mendatangkan hasil apabila mereka kekal ketinggalan dalam pendidikan.

Beliau berkata bantuan pendidikan anak-anak bumiputera perlu bersasar dan diberi fokus kepada ibu bapa bumiputera miskin yang mahukan anak-anak mereka berjaya dalam pendidikan, mempunyai sikap ‘growth mindset’ dan menunjukkan sikap pentingkan pendidikan  anak-anak mereka. 

Katanya, kerajaan perlu mendidik kelompok ibu bapa ini supaya mementingkan pendidikan anak-anak sendiri juga mulai memberikan bantuan berdasarkan usaha mereka dalam memajukan pendidikan anak-anak mereka sendiri. 

“Jangan bantu orang yang malas. Walaupun mereka adalah bumiputera miskin. Itu kerja yang sia-sia,” katanya. — The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo