NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang dan tokoh baharu



KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.

Setiausaha AWAN Nasional, Mashitah Ismail, berkata pelantikan itu akan membantu memantapkan pentadbiran parti di semua peringkat bagi mengukuhkan jentera menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan meningkatkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.

“Pelantikan ini telah melalui proses syura yang merupakan prinsip utama dalam pentadbiran AWAN Nasional dengan mengambil kira pandangan akar umbi di peringkat kawasan bagi memastikan amalan demokrasi terus subur,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pelantikan itu adalah selaras dengan peruntukan Perlembagaan Parti Amanah Negara (Pindaan 2023) yang menyerahkan pelantikan Ketua AWAN Negeri kepada budi bicara Jawatankuasa Pimpinan (JKP) AWAN Nasional.

Berikut senarai Ketua AWAN Negeri:

Johor: Norhayati Bidin
Kedah: Siti Balkhis Husain
Kelantan: Dr Hafidzah Mustakim
Melaka: Mazenah Baharuddin
Negeri Sembilan: Zarinna Abu Zarin
Pahang: Sabrina Md Yusoff
Perak: Roos Lailawati Mat Johar
Perlis: Che Mazlina Che Yob
Pulau Pinang: Aida Yusof
Selangor: Rawiyiah Zakaria
Terengganu: Wan Khairani Wan Husin
Wilayah Persekutuan: Rafiza Shahean @ Askolani. – BERNAMA





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo