NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Akhirnya DAP mengaku ‘gunakan’ Mahathir, jatuhkan Najib

Loke Siew Fook berkata DAP tidak akan mengambil tindakan disiplin terhadap Tony Pua berkait kenyataan terhadap pengurangan hukuman penjara Najib Razak.



PETALING JAYA: DAP tidak pernah lupa pendirian parti itu berhubung skandal 1MDB melibatkan bekas perdana menteri, Najib Razak, kata Setiausaha Agung Loke Siew Fook.

Dalam wawancara bersama Sin Chew, Loke berkata, pendirian DAP dalam kes 1MDB tidak pernah berganjak, malah sentiasa jelas.

“Itulah sebabnya kami (DAP) sejak dari mula memilih bekerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad,” katanya memetik laporan itu.

Loke, yang juga menteri pengangkutan, berkata Pakatan Harapan (PH) tidak akan bersekutu dengan Mahathir jika tidak kerana objektif menggulingkan Najib dan pentadbirannya.

“Jadi, DAP tidak sesekali lupa pendirian kami. Sesiapa sahaja termasuk Ong Kian Ming yang mengatakan kami lupa pendirian kami, hanya bercakap perkara mengarut. Ia tidak benar sama sekali,” katanya.

Ong, bekas Ahli Parlimen Bangi, tampil mempertahan Tony Pua, yang ketika ini disiasat kerana menghasut berhubung kenyataan merujuk keputusan pengampunan meringakan hukuman Najib dalam kes SRC International.

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan sebelum ini mengumumkan hukuman penjara Najib dikurangkan kepada enam tahun berbanding 12 tahun, manakala denda direndahkan kepada RM50 juta berbanding RM210 juta.

Ong berkata, usaha Pua mendedahkan skandal 1MDB perlu diingati, dan rakyat Malaysia masih menanggung beban kewangan akibat hutang skandal berkenaan.

“Saya harap pemimpin PH tidak lupa,” katanya dalam catatan di media sosial.

Dalam wawancara berkenaan, Loke berkata DAP tidak akan mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap Pua membabitkan kenyataannya terhadap keputusan mengurangkan hukuman penjara Najib.

Beliau secara berseloroh mengatakan Pua tidak akan mematuhi permintaan seperti itu mengambil kira perwatakannya.

“Pua yang saya kenal tidak akan buat begitu. (Presiden Umno) Zahid Hamidi telah pun menyatakan ia bukan pendirian rasmi DAP. Jika mereka bukan sebahagian daripada pimpinan DAP, apa sahaja yang mereka katakan tidak diambil kira,” katanya.

“Sama juga jika ahli Umno ada menyatakan sesuatu, kami tidak katakan ia kenyataan mewakili Umno dalam apa cara sekalipun. Dalam persekitaran demokratik, saya tidak boleh mengarah sesiapa.”



Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo