NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahli Parlimen PAS mohon maaf, speaker batal gantung 4 hari

Awang Hashim menjadi wakil rakyat pertama diarah keluar Dewan Rakyat pada sidang yang bermula semalam.


KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul membatalkan penggantungan empat hari dikenakan terhadap Awang Hashim (PN-Pendang).

Beliau membuat keputusan itu susulan Awang menarik balik tindakannya yang dikatakan melanggar peraturan mesyuarat, serta memohon maaf, mematuhi permintaan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin.

“Kalau macam ini saya minta maaf, saya tarik balik (tindakan),” kata Awang di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Hamzah meminta Awang menarik balik tindakannya itu selepas Johari menggantung Ahli Parlimen PAS daripada Dewan selama empat hari.

“Saya minta Pendang (Awang) tarik balik supaya speaker (Johari) beri kelonggaran. Jangan bantah. Minta maaf dan tarik balik,” katanya.

Awang menjadi wakil rakyat pertama diarah keluar Dewan pada sidang yang bermula semalam.

Terdahulu, Ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan beramai-ramai membantah keputusan speaker membenarkan perdana menteri mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di tengah-tengah sidang.

Apabila Ahli Parlimen pembangkang kembali ke Dewan, Awang diberitahu oleh Timbalan Speaker Alice Lau bahawa beliau diarahkan keluar Dewan dan digantung selama empat hari.

Johari menggantung Awang selepas beliau dikatakan enggan menarik balik kenyataan dibuatnya, namun tidak dapat dipastikan apa dikatakan Awang sehingga mendorong keputusan sedemikian oleh speaker.

Awang enggan keluar Dewan seperti diarahkan, sebaliknya meminta penjelasan speaker mengenai punca digantung.

Lau kemudian memberikan amaran kepada Awang bahawa penggantungannya akan dilanjutkan kepada 10 hari jika enggan keluar Dewan.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo