NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahli akademik ragui alasan Dr Ammar diturun pangkat




KOTA BHARU: 
Ahli akademik turut meragui alasan penurunan pangkat Datuk Dr Ammar Abd Ghapar sebagai Ketua Pengarah Tourisme Malaysia.

Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Zulkeflee Yaacob berkata, alasan pegawai kanan terbabit diturun pangkat kerana faktor prestasi terlalu subjektif.

Katanya, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing sepatutnya lebih tahu tentang prosedur untuk memecat atau menurun pangkat seseorang pegawai kanan.

Sedangkan, kata beliau dalam Artikel 135(2) menyebut ‘tiada seorang pun anggota sesuatu perkhidmatan awam yang disabit boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat tanpa diberi peluang yang munasabah untuk didengar’.

“Sepatutnya ada proses untuk mengambil tindakan sebagai penjawat awam meskipun melibatkan badan berkanun atau agensi separa kerajaan.

“Malah notis sebulan gaji terpakai kepada mereka yang kurang 10 tahun tetapi Dr Ammar telah 35 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam,” katanya di sini. 

Baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menafikan memecat Dr Ammar, sebaliknya diturunkan pangkat kepada Timbalan Ketua Pengarah.

Menurutnya tindakan itu dibuat kerana kemerosotan prestasi Dr Ammar, yang disifatkan sebagai tidak memuaskan dan tidak mencapai standard ditetapkan.

Dr Zulkeflee yang juga Penasihat Majlis Keluarga, Wanita dan Kebajikan Kelantan berkata, dalam kasus itu menteri khilaf dan silap sebagai anggota Kabinet dibiayai dana awam dianggap tidak arif undang-undang.

“Surat pemecatan tular di media sosial hanya notis beberapa hari mengosongkan jawatan.

“Manakala pelucutan dan penurunan pangkat jika babit kes jenayah, ancaman keselamatan negara dan pengusiran daerah di Malaysia,” ujarnya.

Menurutnya juga Tourism Malaysia merupakan agensi kerajaan dan bukannya syarikat sendirian berhad, malah syarikat pun ada peraturan. – HARAKAHDAILY 29/2/2024




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo