Mohd Rusli dan isteri mengunjungi rumah salah seorang masyarakat Tionghua di DUN Wakaf Bharu, Kelantan sempena sambutan Tahun Baru Cina pada hari ini, 10 Feb 2024 |
Mereka hadir menyantuni masyarakat Tionghua, sama ada dengan mengunjungi dari rumah ke rumah atau berkumpul untuk diraikan dalam satu majlis yang sama.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, Rohani Ibrahim memilih untuk menyantuni masyarakat Cina negeri ini dari rumah ke rumah.
Rohani telah menyampaikan sumbangan kepada Penghulu Wakil Kaum dalam Parlimen Kota Bharu sebagai penghargaan di atas jasa-jasa mereka menjaga kebajikan rakyat selama ini khususnya dalam DUN Tanjung Mas.
Seramai tujuh orang penghulu Cina telah diraikan oleh Rohani yang juga ADUN Tanjung Mas dalam satu majlis.
Majlis berkenaan turut mendapat kerjasama Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu dan Dewan Himpunan Pendokong PAS (DHPP) Kota Bharu untuk mengagihkan sumbangan limau Mandarin kepada 50 buah rumah masyarakat terbabit.
Tiga taman perumahan dipilih untuk pengagihan tersebut ialah Taman Tanjung Chat, Taman Ahmad Panglima dan Taman Azam.
Turut mengiringi Rohani, Ketua Pemuda PAS DUN Tanjong Mas, Muhammad Aminuddin Bunyamin dan Ketua Pemuda DHPP Negeri Kelantan yang juga Ketua DHPP Kota Bharu, Thng Chin Wei.
Amalan berkunjung dari rumah ke rumah sempena Tahun Baru Cina turut menjadi agenda tahunan ADUN Tendong, Rozi Muhamad.
Lebih 200 keluarga masyarakat Tionghua menyambut kedatangan Tahun Baru Cina pada setiap tahun di DUN terbabit.
“Amalan ziarah dan berkunjung ke setiap rumah bukan saja dapat eratkan hubungan, sebaliknya dapat bertanya kabar anggota keluarga masyarakat berkenaan ketika kita dikunjungi mereka.
“Semoga tahun ini akan menambah kebaikan dan keharmonian bermasyarakat dan DUN Tendong dan Kelantan amnya,” sambungnya lagi.
Dalam program ziarah itu, Rozi telah menyampaikan sumbangan limau Mandarin dan sedikit angpau kepada setiap ketua kelurga sebagai ingatan di tahun baharu.
Lain pula pendekatan yang dibuat ADUN Wakaf Bharu, Mohd Rusli Abdullah yang turun meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama-sama masyarakat Tionghua pada hari ini.
Beliau dan isteri Nor Azhana Ab Aziz, berkesempatan berhari raya di rumah Penghulu Tanpa Mukim Wakaf Bharu, Tea Cheng Eng.
“Inilah Wakaf Bharu kita, inilah contoh perpaduan yang ada, sama-sama kita jaga dan eratkan silaturahim tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/2/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment