NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Acara kelas dunia, tapi padang kelas kampung?’




KUALA LUMPUR
: Atlet-atlet negara perlu diberi ruang secukupnya untuk mendapatkan sokongan moral, termasuk teknologi latihan-latihan terkini, kebajikan serta sokongan pentadbiran agensi-agensi yang berkaitan.

Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden (PN-Alor Setar) berkata, semua itu adalah supaya akan dapat memastikan prestasi para atlet berada pada tahap yang sesuai dan sepatutnya. 

“Jangan disekat suara para atlet hanya kerana politik dalaman dalam badan-badan pengendali sukan,” ujarnya ketika Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, Parlimen, di sini sebentar tadi.

Beliau terdahulu meluahkan kekecewaannya ramai atlet negara tidak layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 tatkala dentuman sorakan kejayaan memberi saingan sengit kepada gergasi bola sepak, Korea Selatan pada Piala Asia masih lagi terngiang.

Ketua Portfolio Belia dan Sukan Perikatan Nasional (PN) itu turut mengenengahkan isu fasiliti sukan khususnya selaku tuan rumah Kelayakan Piala Dunia yang akan menyaksikan pertemuan Harimau Malaya dengan Oman.

“Namun, kebimbangan kita adalah tempat di mana perlawanan berkelas dunia ini akan berlangsung? Kita akan jadi tuan rumah. Perlawanan berkelas dunia, tapi padang kita kelas kampung.

“Kalau kita nak gunakan Stadium Nasional Bukit Jalil itu sebagai tempat perlawanan, tentulah kita akan dapat melihat keadaan padang hari ini yang sangat mendukacitakan. Lebih mendukacitakan ialah kenyataan daripada pihak Perbadanan Stadium Malaysia. 

“Saya baca beberapa hari lepas kalau Stadium Nasional Bukit Jalil tak dapat jadi tuan rumah, kita cari stadium lain. Sepatutnya disebut, kalaulah Stadium Bukit Jalil tak dapat jadi tapak konsert, konsert kena pergi tempat lain. 

“Ni bola yang kena pergi tempat lain, kita buat stadium untuk main bola,” ujarnya kesal penganjuran konsert akhirnya merosak dan menjejaskan kualiti rumput sedangkan ia ditaja tokoh sukan berpengaruh dalam negara. – HARAKAHDAILY 29/2/2024




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo