- Terdapat tujuh enakmen dalam undang-undang syariah Kedah mempunyai persamaan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang dibatalkan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu.
- Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata pihaknya akan mengkaji kesan pembatalan pengisytiharan 16 kesalahan syariah terbabit ke atas undang-undang syariah negeri itu.
- Beliau berkata kerajaan negeri akan merujuk Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dalam tempoh terdekat bagi menentukan tindakan lanjut bakal diambil pihaknya.
- “Kita akan ambil tindakan yang wajar untuk perkukuhkan undang-undang syariah di negeri ini,” katanya dipetik Berita Harian pada Selasa.
KUALA LUMPUR – Terdapat tujuh enakmen dalam undang-undang syariah Kedah mempunyai persamaan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang dibatalkan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata pihaknya akan mengkaji kesan pembatalan pengisytiharan 16 kesalahan syariah terbabit ke atas undang-undang syariah negeri itu.
Beliau berkata kerajaan negeri akan merujuk Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dalam tempoh terdekat bagi menentukan tindakan lanjut bakal diambil pihaknya.
“Kerajaan negeri sudah semak, ada tujuh enakmen yang sama dengan Kelantan. Kita akan kaji kesan perundangan bersabit keputusan Mahkamah Persekutuan.
“Kita akan ambil tindakan yang wajar untuk perkukuhkan undang-undang syariah di negeri ini,” katanya dipetik Berita Harian pada Selasa.
Muhammad Sanusi berkata kesan pembatalan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 perlu diteliti secara terperinci bagi memastikan ia mengikut laras undang-undang syariah Kedah.
Pada 9 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, termasuk bagi kesalahan liwat, gangguan seksual, menawarkan atau menyediakan khidmat maksiat dan memusnahkan atau mencemar rumah ibadat, adalah terbatal dan tidak sah.
Panel lapan hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.
Tengku Maimun dalam penghakiman panel itu dilaporkan sebagai berkata, mahkamah membenarkan petisyen itu kerana DUN membuat undang-undang yang ia tidak mempunyai kuasa untuk membuatnya. — The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment