NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid saran RUU halang ‘tebuk atap’ hingga penggal kerajaan tamat

Zahid Hamidi berkata RUU menghalang cubaan menjatuhkan kerajaan dapat menstabilkan negara.



KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menyarankan satu rang undang-undang (RUU) diwujudkan untuk menghalang cubaan menjatuhkan kerajaan dominan dan dipilih secara sah pada PRU.

Presiden Umno itu merujuk cubaan menjatuhkan kerajaan, terbaharu “Langkah Dubai” yang dilaporkan media berlaku di Emiriah Arab Bersatu antara pemimpin pembangkang dan wakil rakyat kerajaan tertentu bertujuan menjatuhkan pentadbiran Anwar Ibrahim.

Zahid berkata RUU itu penting bagi membolehkan kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya dapat mentadbir negara tanpa diganggu gugat oleh musuh politik.

“Saya sarankan satu RUU dibentangkan (di Dewan Rakyat), jika sesebuah kerajaan diwujudkan atas sesebuah parti itu dominan atau gabungan antara parti politik itu dominan dengan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, maka ianya harus kekal hingga ke akhir penggal.

“Jika tidak, kita akan mengalami perkara yang terdahulu (berlaku perubahan kerajaan sebelum penggal berakhir) dan ini tidak baik untuk negara dan rakyat,” katanya pada sidang media selepas pemukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Mengulas kenyataan Anwar mengenai maksud “derma” selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Selasa lalu, Zahid berkata beliau tiada maklumat mengenainya.

“Saya tidak ada maklumat tambahan mengenai perkara itu. Saya hanya membaca kenyataan PM melalui media,” katanya.

Anwar dalam kenyataan itu berkata Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa Istana Negara tidak akan terbabit dalam sebarang percaturan politik.

Melalui kenyataan sama, Anwar berkata seandainya ada cadangan mana-mana pihak untuk menyampaikan derma sebanyak RM500 juta atau RM750 juta, ia hendaklah disalurkan terus kepada asnaf dan golongan miskin dalam negara.

PAS kemudian mendesak Anwar mendedahkan maksud di sebalik derma RM500 juta dan RM750 juta itu, sambil menegaskan kenyataan tanpa penjelasan lanjut menimbulkan keraguan.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo