NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Warga Rawang harap MB turun berdialog pada himpunan bantah insinerator

Penduduk Rawang bimbang kesan Loji Tenaga Hijau Sultan Idris Shah pada alam sekitar. 


PETALING JAYA: Sekumpulan penduduk Rawang berharap Menteri Besar Amirudin Shari dapat berdialog dengan mereka pada satu himpunan akan datang, berhubung kebimbangan sekitar pembinaan sebuah loji insinerator.

Jaringan Rawang Tolak Insinerator (RTI) yang mewakili penduduk Batu Arang, M Residence, Kota Puteri, dan Bandar Tasik Puteri memaklumkan himpunan itu akan diadakan pada 21 Jan (Ahad), dari 8 pagi hingga 12 tengah hari, di tapak pasar malam di Bandar Tasik Puteri.

Menganggarkan penyertaan antara 500 hingga 1,000 orang, RTI berkata pihaknya membantah pembinaan Loji Tenaga Hijau Sultan Idris Shah (SISGE) di Batu Arang kerana bimbang kesannya pada alam sekitar.

Jurucakapnya, Abdul Hanan Abd Mokti, berkata satu memorandum dikemukakan kepada Amirudin pada bulan lepas agar satu pertemuan dalam dilakukan namun pihaknya belum terima maklum balas.

RTI berharap sesi dialog dapat diadakan secara berterusan bagi menjawab isu yang timbul.

“Kami mengundang Amirudin; Exco Kerajaan Tempatan & Pelancongan, Ng Suee Lim; dan ketua KDEB Waste Management (KDEBWM), Ramli Tahir,” katanya pada sidang media, dan menambah ia peluang untuk memberi penjelasan kepada penduduk dan mendengar keluhan mereka.

Hanan berkata himpunan itu diadakan bagi menimbulkan kesedaran orang ramai, mengumpul tandatangan bagi suatu petisyen, dan menyatakan bantahan terhadap projek itu.

Pada 14 Nov tahun lepas, Ramli yang juga pengarah urusan KDEBWM dilapor berkata pembinaan fasa pertama SISGE dijangka mula selepas Jun depan, dan jangka masa pembinaan adalah 36 bulan.

Keseluruhan pembinaan loji itu dijangka menggunakan tanah seluas 245 ekar.

Amirudin ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 pada 10 Nov lalu berkata empat fasa loji itu mampu membakar 2,400 tan sampah sehari dan menjana 130.5 MW tenaga elektrik.

Pada 20 Sept sebelum itu, Amirudin berkata projek itu tidak menggunakan teknologi lama seperti yang dibimbangi penduduk.


Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo