Pekerja p-panggilan berharap kerajaan dapat campur tangan dalam isu upah yang didakwa semakin rendah. |
PETALING JAYA: Kira-kira lima tahun lalu, Muhammad Azmi Harto mula mencari rezeki sebagai pekerja p-panggilan untuk membantu keluarga di sebalik dirinya memegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Automotif dari sebuah universiti awam.
Berkat kesungguhan anak muda berusia 24 tahun itu menghantar makanan serta barangan, dia dapat mengirim wang untuk keluarga di Kota Kinabalu dan pada masa menampung perbelanjaan hariannya.
Namun Azmi mengakui pendapatannya kini sedikit terjejas apabila upah diterima daripada syarikat p-panggilan didakwa lebih rendah, lantas membuatnya terfikir untuk mencari pekerjaan tetap dan tidak lagi dalam ekonomi gig itu.
“Kalau untuk bergantung harap, saya rasa tak boleh dah (dalam ekonomi gig seperti pekerja p-panggilan).
“Kena cari inisiatif cari kerja lain,” katanya yang berharap masalah bayaran upah rendah didakwa dihadapi ramai pekerja p-panggilan diselesaikan segera termasuk dengan campur tangan kerajaan.
Namun akui Azmi, bukan mudah mencari pekerjaan sesuai kelulusannya dalam keadaan ekonomi mencabar kini, dengan banyak perusahaan menutup atau mengecilkan operasi.
“Jadi perlu bertahan dahulu sehingga keadaan pulih, sekarang pendapatan boleh lagi bantu ibu bapa yang telah berusia dan adik masih bersekolah,” katanya.
Semalam, Sinar Harian melaporkan kenyataan seorang ahli akademik Muhammad Daaniyall Abd Rahman bahawa tindakan syarikat penyedia perkhidmatan p-panggilan menurunkan kadar upah dijangka menyebabkan ramai penghantar makanan beralih kepada pekerjaan lain.
Pada 17 Jan lalu, Grab mempertahankan struktur tambang penghantaran dan bonusnya yang baharu, di tengah-tengah gesaan penunggang untuk memboikot syarikat pengangkutan dan penghantaran itu.
Grab menegaskan struktur pendapatan baharu itu “memberikan manfaat kepada rakan kongsi penghantaran yang paling aktif”.
Sebelum ini, Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia menggesa kerajaan campur tangan susulan tindakan syarikat penyelia p-panggilan, Grab memperkenalkan kadar bayaran upah baharu yang didakwa lebih rendah kepada penunggang.
Sementara itu, seorang lagi pekerja p-panggilan Ahmad Nazirul Azrie Ahmad Noh mendesak campur tangan kerajaan supaya komuniti mereka diiktiraf di bawah Akta Kerja bagi menjaga kebajikan mereka.
“Jadi tidak boleh sewenang-wenangnya menurunkan kadar upah, kalau ini terjadi kepada pekerja biasa kes boleh dirujuk di bawah akta itu,” katanya
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment