NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno Selangor kembalikan 20 jawatan ahli majlis PBT kepada PH

Ketua Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin berkata, biarlah Umno menjaga kawasan kampung, manakala PH menjaga kawasan bandar. 


KUALA LUMPUR: Umno Selangor akan mengembalikan kuota 20 jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor kepada Pakatan Harapan (PH).

Ketua Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin berkata, tindakan itu bukan disebabkan pihaknya “merajuk” tetapi bagi menafikan dakwaan bahawa parti itu tamak dan mendesak PH.

Bagaimanapun, katanya, Umno Selangor mahu kesemua 373 jawatan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diserahkan kepada pihaknya.

“Kita mahu PH jaga bandar dan Umno jaga kawasan kampung,” kata Megat Zulkarnain pada sidang media selepas menghadiri Majlis Retreat MCA Selangor di Wisma MCA hari ini.

“Kita akan sampaikan keputusan ini kepada Presiden Umno Zahid Hamidi dalam pertemuan tertutup di Sepang esok.”

Semalam dilaporkan seorang pemimpin PH Selangor mendakwa ramai anggota gabungan itu tidak berpuas hati dengan pelbagai konsesi diberikan kepada Umno, bekas seterunya yang kini menjadi rakan kongsi dalam kerajaan perpaduan.

Pemimpin itu yang juga exco Selangor berkata, Umno “terlalu mendesak” walaupun hanya menang dua kerusi pada PRN tahun lepas.

Umno sebelum ini juga mendesak berhubung jawatan exco dan ketua kampung, tambahnya.

Dalam pada itu, Megat berkata, keputusan menyerahkan kembali jawatan ahli majlis PBT itu dipersetujui oleh kesemua 22 bahagian Umno di Selangor susulan mesyuarat semalam.

Tambahnya, pihaknya masih belum membuat pelantikan untuk memenuhi kuota tersebut.

Beliau menegaskan bahawa Umno Selangor bukanlah tidak sedar diri, mahupun mendesak seperti yang didakwa, sebaliknya hanya mahu berunding atas semangat persahabatan.

“Semua tidak tahu (kuota) 20 jawatan itu daripada 288 ahli majlis. Kalau (ikutkan) peratus, hanya 7%,” katanya.

“Berbanding di Melaka, (PH) ditawar 17 daripada 78 ahli majlis PBT, 20%, tetapi ditolak PH. Sehingga hari ini, ahli majlis PBT di sana belum dilantik.”


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo