Katanya, ia sama ada PAS menjadi pemandu utama atau pelengkap dalam sebuah kerajaan.
“Saya melihat masa depan yang cerah untuk PAS Selangor. Semangat PAS Selangor berada dalam keadaan kemuncak selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).
“Walaupun tempoh PRU masih jauh tapi mereka berada dalam situasi yang sangat terbaik untuk mengambil alih kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui selepas pembentangan di Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS peringkat negeri Selangor, di sini hari ini.
Ahli Parlimen Pasir Mas iyu berkata, walaupun PAS bukan sebagai sebuah kerajaan negeri tetapi rata-rata mereka berada dalam semangat yang tinggi untuk bekerja menangkan parti.
Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan PAS Selangor terutama Pemuda perlu menggunakan peluang untuk mendedahkan isu rakyat.
Katanya, isu rakyat Selangor ini banyak tetapi ia tidak disusun dengan satu serangan yang tersusun.
Akhirnya kata beliau isu tersebut timbul kemudian hilang.
“Saya rasa apa yang diharapkan oleh Presiden adalah Pemuda perlu menggerakkan gerak kerja ini dengan lebih tersusun supaya isu-isu yang dimainkan itu lebih difahami rakyat.
“Sebenarnya Selangor ini banyak masalah tetapi orang tertumpu kepada Kelantan,” tegasnya.
Contohnya, kata beliau isu air yang berlaku di Kelantan turut berlaku di Pulau Pinang tetapi orang tidak bercakap tentang Pulau Pinang tetapi bercakap di Kelantan. – HARAKAHDAILY 6/1/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment