NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Tindakan McDonald’s Malaysia saman BDS jerat diri sendiri’




KUALA LUMPUR
: “Tindakan McDonald’s Malaysia memfailkan saman terhadap gerakan Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia hanya menjerat diri mereka sendiri dan membuktikan mereka sokong Israel.”

Exco Lajnah Isu Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Dewan Pemuda PAS Gombak, Mohd Iqman Iberahim berkata sebelum ini McDonald’s Malaysia sering menyatakan tidak sokong kepada kezaliman rejim Zionist Israel terhadap rakyat Palestin.

Menurut beliau, sepatutnya syarikat tersebut perlu mengeluarkan bukti yang jelas seperti aliran wang dan royalti itu sendiri yang mana sumber kewangan tersebut tidak disalurkan kepada Ibu pejabat (HQ) McDonald’s yang berpusat di Amerika Syarikat.

“Ini kerana kita semua tahu HQ McDonald’s sendiri berpusat di Amerika Syarikat yang mana sudah tentu apabila mana-mana cawangan McDonald di seluruh dunia memberikan royalti kepada HQ MCDonald’s itu sendiri maka wang tersebut digunakan untuk membantu negara Israel,” tegasnya kepada HarakahDaily.

Tambah beliau, McDonald’s Malaysia sehingga kini masih tidak mampu memberikan bukti yang jelas melalui perkara tersebut apabila diminta oleh pelbagai pihak untuk membuktikan bahawa syarikat tersebut tidak menyokong kezaliman Israel sedikitpun.

Katanya lagi, jika hanya sekadar memberi peluang pekerjaan kepada ramai rakyat tempatan negara ini maka perkara tersebut adalah tidak mencukupi kerana perlu melihat laporan kewangan itu sendiri sebagai bukti memandangkan ‘nombor tidak boleh menipu’.

“Lagi mengecewakan apabila syarikat tersebut telah memfailkan saman kepada BDS kerana ini seolah-olah lagi membuktikan bahawa McDonald’s Malaysia sebenarnya juga menyokong Israel.

“Dengan tindakan yang tidak wajar sebegini akan membuatkan lebih ramai umat Islam dan juga orang-orang bukan Islam di Malaysia ini akan terus membenci dan memboikot McDonald’s memandangkan kita semua sebagai rakyat Malaysia tiada sedikitpun toleransi dengan kezaliman negara Israel,” ujarnya.

Beliau menyatakan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia akan semakin yakin bahawa McDonald’s Malaysia menyokong Israel dan ini jelas akan menimbulkan lebih banyak masalah kepada syarikat itu sendiri.

Kata beliau, tidak mustahil apabila berlakunya lebih ramai pekerja syarikat tersebut yang akan sanggup berhenti atau meletakkan jawatan sebagai tanda protes terhadap syarikat tersebut.

“Apa yang saya melihat ialah selepas apa yang berlaku adalah McDonald’s Malaysia berkemungkinan tidak boleh lagi menafikan apa-apa lagi mengenai hubungan dengan negara Israel kerana sekiranya mereka berada di pihak yang benar maka mengapa perlu saman BDS?” katanya lagi.

Kata beliau, perkara sebegini dapat dijadikan sebagai iktibar bahawa mana-mana syarikat yang cuba memberi sokongan kepada Israel akan menerima nasib yang sama iaitu diboikot yang menyebabkan kewangan mereka amat terjejas.

Tambah beliau, tidak mustahil bahawa memboikot syarikat seperti McDonald’s juga berpotensi mendedahkan sistem kewangan negara ini yang sememangnya berbentuk riba yang diamalkan oleh orang-orang yahudi itu sendiri yang mana hanya menunggu masa untuk ditumbangkan oleh ramai rakyat yang bukan sahaja di negara ini tetapi juga di peringkat antarabangsa.

“Jadi, kita boleh melihat dengan boikot secara besar-besaran terhadap McDonald’s membuka mata kita untuk melihat sistem kewangan negara kita sendiri masih berasaskan ciptaan-ciptaan Zionis Yahudi itu sendiri yang mana tunggu masa sahaja untuk ditumbangkan sampai bila-bila.

“Lagipun selama ini mereka bukannya begitu jujur dalam melakukan perniagaan kerana menindas banyak pekerja bawahan dan kita berhak untuk memboikot mereka dan sekalipun tak mampu boikot secara keseluruhan maka dengan kurangkan makan di sana juga sudah cukup memadai untuk memberi kesan yang amat mendalam,” katanya.  HARAKAHDAILY  2/1/2024



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo