NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiga lagi MP Bersatu dijangka sokong PM – Syed Abu Hussin

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal bercakap pada sidang media tergempar mengenai "SOKONGAN BERTERUSAN Y.A.B PMX" di Baitul Husna, Puchong.


PUCHONG – Tiga lagi Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) daripada Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) dijangka menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang 28 Februari ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, kesemua tiga ahli Parlimen itu ketika ini sedang berfikir untuk membuat langkah itu dan beliau percaya akan bertindak dalam masa terdekat.

“Mereka sedang berfikir, timing (masa) saya tak tahu. Dijangka menjelang sesi Parlimen pada 28 Februari ini dan sidang Parlimen akan berjalan satu bulan,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Tanpa menamakan kawasan ketiga-tiga ahli Parlimen Bersatu itu, Syed Abu Hussin berkata, mereka ini datang dari Utara, Pantai Timur dan Tengah (Semenanjung).

“Tiga ahli Parlimen PN-Bersatu ini datang dari kawasan Utara (Kedah, Pulau Pinang dan Perak) ada lima orang. Kemudian Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) ada tiga orang.

“Kawasan Tengah pula iaitu Selangor dan Melaka ada tiga orang, semuanya ada 11 orang (5-3-3) termasuk isytihar baru ini (Ahli Parlimen Tanjong Karang) ,” katanya lagi. – MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo