NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tidak layak jadi MP, DAP perlu pecat Ngeh Koo Ham – GABUNG

Foto: Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham (kiri) & Pengerushi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Malaysia (GABUNG), Aminuddin Yahaya (kanan).


  • Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Malaysia (GABUNG) menggesa DAP supaya memecat Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham ekoran kenyataannya  yang provokatif dan berunsur penghinaan terhadap agama Islam dan raja-raja Melayu.
  • Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata kenyataan Koo Ham yang mencadangkan pakar perlembagaan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah dilihat seperti tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.
  • “GABUNG  mendesak DAP untuk mengambil tindakan disiplin yang tegas, termasuk kemungkinan memecat YB Ngeh Koo Ham sebagai ahli parti DAP serta merta.
  • “Memberikan arahan kepada semua ahli DAP untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur negatif, provokatif dan penghinaan terhadap agama Islam dan orang Melayu.
  • “Mengiktiraf bahawa negara  ini adalah sebuah negara Islam, bukan sekular,” katanya semasa sidang media selepas penyerahan memorandum bantahan di luar ibu pejabat DAP di sini hari ini.
  • Terdahulu, Koo Ham dilaporkan menyarankan supaya pakar perlembagaan dari kalangan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah.
  • Ahli Parlimen DAP itu kemudiannya memohon maaf dan menarik balik kenyataannya susulan penjelasan jawatankuasa khas itu yang dibentuk Majlis Hal Ehwal Islam Negara yang diketuai Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

KUALA LUMPUR – Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Malaysia (GABUNG) menggesa DAP supaya memecat Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham daripada parti itu ekoran kenyataannya  yang provokatif dan berunsur penghinaan terhadap agama Islam dan raja-raja Melayu.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata kenyataan Koo Ham yang mencadangkan pakar perlembagaan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah dilihat seperti tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata tindakan Ahli Parlimen DAP itu boleh membawa implikasi besar seperti menimbulkan keresahan, kemarahan dan perbalahan antara kaum.

“GABUNG  mendesak DAP untuk mengambil tindakan disiplin yang tegas, termasuk kemungkinan memecat YB Ngeh Koo Ham sebagai ahli parti DAP serta merta.

“Memberikan arahan kepada semua ahli DAP untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur negatif, provokatif dan penghinaan terhadap agama Islam dan orang Melayu.

“Mengiktiraf bahawa negara  ini adalah sebuah negara Islam, bukan sekular,” katanya semasa sidang media selepas penyerahan memorandum bantahan di luar ibu pejabat DAP di sini hari ini.

Aminuddin berkata Koo Ham tidak layak menjadi Ahli Parlimen (MP), sebaliknya hanya sesuai menjadi jurucakap kepada DAP.

Terdahulu, Koo Ham dilaporkan menyarankan supaya pakar perlembagaan dari kalangan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah.

Beliau kemudian memohon maaf dan menarik balik kenyataannya susulan penjelasan jawatankuasa khas itu yang dibentuk Majlis Hal Ehwal Islam Negara yang diketuai Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam pada itu, Aminudin  menzahirkan kekesalan kerana tiada pemimpin DAP yang ingin bersemuka ketika penyerahan memorandum tersebut.

“Kita datang dengan diplomasi, bukan kita datang demo, merusuh, malah kita datang hari ini, pihak keselamatan lebih ramai daripada kita sebenarnya. Kita hanya nak hantar memorandum, kita datang secara baik.

“Ini sikap, budaya orang Melayu, budaya orang Islam, budaya orang Malaysia, tetapi kita disambut bukan saja di luar, malah oleh pegawai rendah saja, saya ingat kerani saja.

“Inilah sikap DAP yang sebenarnya tidak wajar diterima lagi oleh rakyat Malaysia. Jelas, mereka bukan nak dengar suara rakyat pun tetapi untuk kepentingan mereka saja,” katanya. – The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo