Sekumpulan warga asing didapati menceroboh rumah kosong milik sahabatnya. Foto Facebook Srilabu Kedah |
SHAH ALAM - Seorang lelaki terkejut apabila mendapati rumah kosong milik sahabatnya itu 'diceroboh' oleh sekumpulan warga asing.
Perkara tersebut didedahkan oleh pemilik Facebook yang menggunakan nama Srilabu Kedah.
Menerusi laman sosial itu, Srilabu Kedah berkata, perkara tersebut disedari apabila dia diamanahkan melihat keadaan kediaman tersebut untuk urusan jual beli.
"Baru ni ada kawan kepada sahabat aku minta tolong jualkan apartment dia di Puchong, jadi dia suruh aku uruskan jual beli semua. Pemilik kata kosong sudah lama, beberapa tahun sebab dia lebih suka duduk kawasan kampung.
"Aku pun pergilah nak tengok keadaan rumah macam mana, sangat mengejutkan apabila terdapat sekumpulan warga asing tinggal di sana sedangkan pemilik rumah itu kata dia tidak pernah bagi sewa kepada sesiapa sejak beli lebih 10 tahun yang lalu," ujarnya.
Tambah Srilabu Kedah, mereka tidak sepatutnya berbuat demikian.
"Berani betul ceroboh rumah orang macam tu. Kita warga sendiri pun tak berani buat, mereka sudah masuk tetapi buat tidak tahu.
"Air mereka tarik dari rumah sebelah, elektrik pula tidak tahu sambung macam mana. Cakap dengan supervisor warga asing itu, dia beritahu mereka sudah lama tidak bayar sewa dan tiada orang kacau sebelum ini.
"Jadi mereka pula minta bukti dari pemilik yang nyatakan dia itu 'pemilik' yang betul. Apa sudah jadi Malaysiaku," jelasnya.
Dia juga memberitahu, laporan polis sudah dibuat dan mengharapkan semua pihak akan lebih peka dengan perkara tersebut.
"Aku minta pemilik rumah buat laporan polis dan aku juga akan lapor kepada pihak imigresen," ujarnya.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment