NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu dilanda banjir gelombang keempat

Penduduk meredah banjir selepas kawasan berkenaan dinaiki air berikutan hujan lebat sejak malam tadi ketika tinjauan fotoBernama di Jalan Kamaruddin hari ini. Hujan lebat di Terengganu yang bermula semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah di sini mula dinaiki air awal pagi ini.

KUALA TERENGGANU – Terengganu dilanda banjir gelombang keempat, dengan Marang menjadi daerah pertama terjejas selepas hujan berterusan sejak malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), sebanyak 24 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka 11 pagi tadi.

Tiga PPS yang dibuka hari ini ialah di Dewan Sivik Wakaf Tapai, Dewan Orang Ramai Bukit Parit dan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Mengkuang.

Sementara itu, menurut https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air/data-paras-air/?state=TRG, semua stesen sungai di negeri ini mencatat paras normal kecuali Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu dan Sungai Tumpat di Kampung Baru, Kemasik, Kemaman yang berada pada paras amaran.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk sehingga esok di daerah Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman. – BERNAMA



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo