Ahli Parlimen Larut, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib berkata, banyak lagi isu yang boleh disentuh seperti sosial mahupun ekonomi di dalam negara.
“Walaupun Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke telah menyatakan Ngeh Khoo Ham telah terkhilaf dalam bab ini, namun rasa kebimbangan terhadap isu ini perlu diberikan perhatian,” katanya pada kenyataan, di sini.
Ngeh baru-baru ini menyarankan wakil bukan Islam dilantik untuk bersama dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah.
Kenyataan itu kata Ismi, benar-benar mengejutkan ramai pihak sedangkan jawatankuasa tersebut adalah khusus melibatkan hak dan kepentingan orang Islam.
“Jangan kerana meraikan keterbukaan hingga melibatkan hal urusan agama Islam. Perkara seumpama ini sudah berulang kali disuarakan dari ahli parlimen bukan Islam seakan menjadi satu normalisasi yang cuba diserap masuk pada waktu ini.
“Malah secara tidak langsung memberikan kegusaran kepada orang Islam bahkan lebih parah lagi tiada seorang dari pihak kerajaan menyatakan pendirian atas kenyataan tersebut,” tambah beliau lagi.
Dalam pada itu Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga mengingatkan rakyat khususnya yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di negara ini.
Baginda juga bertitah agar penganut agama lain seharusnya mencontohi umat Islam yang tidak mencampuri hal ehwal agama lain di Malaysia. – HARAKAHDAILY 3/1/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment