NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tenang-tenang saja, tak lari gunung dikejar – Hamzah



KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin memberi bayangan mengenai situasi terkini politik tanah air.

Dalam satu hantaran, Hamzah menyindir pihak yang dilihat gelisah berikutan desas-desus perubahan kerajaan yang hangat diperkatakan di media sosial.

Ahli Parlimen Larut itu berkata, semua pihak harus bertenang sambil menambah beliau tidak perlu bergopah-gapah mengejar sesuatu yang sudah tentu.

“Sehari dua ni, saya dengar ramai yang tak senang duduk – gelisah semacam. Ada yang berlari ke IJN, ada yang ke Sabah. Tenang-tenang saja, tak lari gunung dikejar tu.

“Alhamdulillah, saya bersama Datuk Dr Radzi Jidin tenang-tenang saja bermesyuarat bersama Badan Perhubungan Bersatu Wilayah,” katanya dalam satu perkongsian di media sosial.

Sebelum ini heboh dakwaan kononnya Perikatan Nasional (PN) sudah mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) yang mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa bahawa PN mempunyai jumlah SD yang mencukupi bagi mencapai tujuan tersebut.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN bagaimanapun tidak memaklumkan secara terperinci termasuk mengenai jumlah SD yang diperoleh.

Sabtu lalu, Pejabat Ketua Pembangkang menafikan dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan kepada 118 Ahli Parlimen daripada PN untuk datang menghadap baginda bersama SD masing-masing.

Kenyataan itu didakwa dikeluarkan oleh “Hamzah Zainudin” seperti ditularkan di media sosial juga adalah palsu.-MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo