NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Syed Saddiq cadang Parlimen bahas isu hapus pencen wakil rakyat

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bercakap pada sidang media pada Pembentangan dan perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan agar kerajaan membawa isu menghapuskan pencen wakil rakyat di bawa ke Dewan Rakyat untuk dibahaskan.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, cadangan untuk menghapuskan skim pencen terhadap penjawat awam yang baharu dilantik adalah tidak wajar.

Dakwa beliau, ini kerana pada masa yang sama ahli politik masih menerima pencen ‘bertingkat-tingkat’.

Beliau mendakwa, jika semua pencen yang diterima seorang wakil rakyat dikumpulkan boleh mencecah RM 100,000 sebulan iaitu 100 kali ganda daripada pencen penjawat awam biasa.

“Penjawat awam perlu berkhidmat sehingga 50 ke 60 tahun untuk dapat pencen sedangkan ahli politik apabila menang sahaja terus layak untuk pencen, tempoh berkhidmat ahli politik pula 5 tahun. Ini belum dicampurkan dengan habuan government linked company (GLC).

“Dulu kerajaan yang sama janjikan tidak akan membuat lantikan politik. Tapi kini kerajaan yang sama memperluaskan habuan GLC untuk ahli-ahli mereka,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, bekas Presiden MUDA itu turut mencadangkan supaya isu gaji dan elaun penjawat awam juga dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan.

Katanya, gaji penjawat awam kali terakhir dinaikkan pada tahun 2013 iaitu 10 tahun lepas. dan ada di antaranya menerima gaji permulaan RM1441 walaupun gaji minima telah ditetapkan pada RM 1500.

“Nilai semula juga elaun yang diterima oleh penjawat awam. Pegawai polis bersengkang mata bagi menjaga keselamatan orang awam tapi tidak dibayar elaun kerja lebih masa.

“Mereka hanya dibayar RM 200 sebulan bagi menggantikan elaun kerja lebih masa. Ini masanya untuk kerajaan walk the talk. A great civil service will form a foundation for a great country,” kata beliau.

Kabinet dilaporkan telah bersetuju supaya perjawatan bagi penjawat awam baru kerajaan berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini berkata, satu pengumuman mengenai tempoh dan tarikh pelaksanaannya akan dibuat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

Beliau berkata, pendirian itu dibuat kerajaan selepas menilai bahawa menjelang 2040, jumlah pencen yang terpaksa ditanggung kerajaan jika sistem saraan sedia ada tidak dipinda, jumlahnya akan mencecah RM120 bilion setahun.

Jabatan Perkhidmatan Awam ketika ini sedang menerajui Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA), yang akan menjadi dasar baru kerajaan khususnya berkaitan kaedah berpencen penjawat awam.

Ketika ini, semua penjawat diberi dua skim pencen pilihan sama ada untuk menerima bayaran pencen tetap sebulan selepas berpencen atau mencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. – MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo