NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Susah nak siasat PM, TPM, dan ketua SPRM, jawab Dr M

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata mudah untuk siasat beliau kerana kerajaan punyai kuasa.


PUTRAJAYA: Dr Mahathir Mohamad menepis dakwaan mengatakan bukan senang untuk siasat individu bergelar “Tun”, berbanding menyiasat perdana menteri dan timbalannya, atau ketua pesuruhjaya badan antirasuah.

Bekas perdana menteri itu berkata mudah untuk siasat beliau kerana “kerajaan punyai kuasa”.


“Yang susah nak siasat ialah perdana menteri, kepala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), susah nak siasat, pegawai tertinggi kerajaan seperti timbalan perdana menteri,” katanya pada sidang media.

Beliau kemudian merujuk kepada kes melibatkan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.


Terdahulu, Mahathir mengkritik keputusan melepaskan tanpa membebaskan Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk memberhentikan prosiding kerana berhasrat menyiasat kes dengan lebih mendalam.

Kes Azam pula berhubung dakwaan beliau memiliki saham dengan jumlah yang melampau.

Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah mendapati beliau tidak ada sebarang kaitan dengan dakwaan.


Sebelum ini, Anwar pada Sabtu berkata bukan senang mahu siasat individu bergelar Tun atau orang kaya yang besar-besar berbanding ketua kampung atau cikgu.

Beliau tidak menamakan mana-mana individu, namun komen ini muncul selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membuka siasatan terhadap bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin, berdasarkan maklumat dalam Kertas Pandora.

Daim menyifatkan siasatan itu sebagai suatu “pemburuan”.

Dalam perkembangan lain, SPRM turut memanggil anak Mahathir, Mirzan, bagi membantu siasatan berhubung maklumat dalam Kertas Panama.


Menurut SPRM, siasatan bermula sejak Ogos 2022 terhadap semua entiti yang berkait dan dinamakan dalam laporan Kertas Pandora juga Kertas Panama.


Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo