NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Siasatan dakwaan gangguan seksual Agus selesai, kata polis

Pada 14 Dis lalu Mohammad Agus Yusoff dipanggil ke IPD Kajang untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap kakitangan J-Kom, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani. (Gambar Bernama)



PETALING JAYA: Siasatan terhadap bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Mohammad Agus Yusoff berkait dakwaan melakukan gangguan seksual selesai, kata polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zin, berkata kertas siasatan kes itu sudah lengkap dan dihantar ke Jabatan Peguam Negara pada 18 Dis lalu.

“Buat masa ini kertas siasatan itu masih dalam kajian dan semakan Jabatan Peguam Negara,” katanya menurut Berita Harian.

Pada 14 Dis lalu, Agus dipanggil ke IPD Kajang untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap kakitangan J-Kom, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, mengesahkan pihaknya melakukan siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan Agus yang dipercayai berlaku di sebuah hotel di Bintulu, Sarawak, 21 Okt lalu.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D akta sama atas kesalahan melanggar kesopanan.

Polis menjalankan siasatan selepas Wahab membuat laporan di Balai Polis Kajang bersama peguamnya, Faizal Abd Rahman 30 Nov lalu.

Sebelum itu, polis menjalankan siasatan berhubung rakaman video tular perbualan lucah didakwa membabitkan Agus dan Wahab.

Dalam satu sidang media, Agus mendakwa video perbualan mengaitkannya itu palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab.


Sumber | FMT Malaysia





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo