NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Seorang suspek berkait kehilangan Bella dituduh esok

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat, berkata suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 


PETALING JAYA: Seorang suspek kes kehilangan Bella akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat esok.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat, berkata individu tersebut antara tiga suspek yang ditahan susulan penemuan satu rangka manusia di sebuah rumah terbiar, di Tongkang Pechah, Batu Pahat, 19 Jan.

Pertuduhan akan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya menurut Berita Harian.

Bella, atau nama sebenarnya, Mila Sharmila Samsusah, seorang ibu tunggal kepada dua anak berusia dua dan empat tahun dilaporkan hilang selepas keluar bersama teman lelakinya berusia 24 tahun untuk ke kedai dobi, pada 14 Dis lalu.

Terdahulu, tiga suspek lelaki termasuk teman lelaki Bella dan bapa saudaranya ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan penemuan rangka yang tidak sempurna terbabit sebelum direman sehingga 27 Jan.


Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo