NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selamat jalan Zulkafperi – Pas Tanjong Karang

ADUNSungai Burung, Mohd Zamri Mohd Zainuldin di Studio MG, Kuala Lumpur. Foto QURRATU AINI, 19 OGOS 2023.


KUALA LUMPUR – Kepimpinan Pas Kawasan Tanjong Karang cukup kecewa dengan tindakan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi yang menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Yang Dipertua Pas Tanjong Karang, Zamri Zainuldin berkata, pihaknya terkejut dengan pengumuman Zulkafperi yang berkata sokongan itu dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.

“Keputusan Ahli Parlimen Tanjong Karang memberi sokongan kepada PM ke-10 merupakan kejutan yang amat mengecewakan bagi rakan kerjasama politik Pas Kawasan Tanjong Karang.

“Kami taat kepada keputusan parti yang menentukan beliau untuk dinamakan bertanding di Parlimen Tanjong Karang tempoh hari.

“Walau bagaimanapun apabila pendirian ini dibuat, kami tidak akan lagi terikat untuk terus bersama beliau. Bagi kami kemenangan di Parlimen dan kedua DUN di bawahnya akan kami cuba kekalkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Zulkafperi dalam kenyataannya  berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan nasib dan pembangunan penduduk Tanjung Karang terus terbela dan akan mendapat pelabagai manfaat termasuk peningkatan infrastruktur dan keperluan setempat.

Susulan itu, Zamri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong berkata, Pas kawasan itu tetap istiqamah dengan perjuangan Perikatan Nasional (PN) dan mengucapkan selamat jalan kepada Zulkafperi

“Selamat jalan diucapkan. Kami tetap terus istiqamah berkhidmat kepada semua yang memberi kepercayaan kepada kami,” katanya lagi.

Zulkafperi menjadi Ahli Parlimen keenam dari pembangkang dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertindak menyokong Anwar.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menjadi wakil rakyat PN kelima daripada Bersatu yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman (Labuan). – MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo