NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RUU majlis media: Draf memorandum Jemaah Menteri sudah sedia

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching optimis RUU penubuhan majlis media dapat dibentang mengikut garis masa yang diharapkan. (Gambar Bernama)



KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi sudah menyediakan draf Memorandum Jemaah Menteri (MJM) berhubung rang undang-undang penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC), kata Timbalan Menteri Teo Nie Ching.

Beliau berkata MJM, yang mengandungi cadangan serta dasar berkaitan rang undang-undang itu, akan dibentang kepada Jemaah Menteri dan kementerian seterusnya akan memaklumkan kepada jawatankuasa kerja sementara MMC berhubung keputusan jemaah.

“Jika jawatankuasa kerja sementara bersetuju dengan hala tuju rang undang-undang ini, kita akan hantar draf rang undang-undang MMC kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk kelulusan… apabila sudah diluluskan oleh AGC dan sekali lagi dibentang ke Jemaah Menteri serta diluluskan, kita boleh bawa ke Parlimen,” katanya kepada Bernama selepas taklimat khas di Wisma Bernama.

Sebelum ini, kementerian menjangkakan rang undang-undang itu, yang antara lain menggariskan mekanisme kawal selia industri media, dapat dibentang di Dewan Rakyat pada Mac ini.

Ditanya sama ada rang undang-undang itu dapat dibentang pada sesi Dewan Rakyat dari 26 Feb hingga 27 Mac ini, beliau berkata pihaknya optimis ia dapat dibentang mengikut garis masa yang diharapkan.

“Prosesnya masih berlangsung, masih ada peluang untuk kita bentang pada Mac ini… saya tak boleh menafikan mungkin berlakunya kelewatan di sana sini, kalau tidak sempat dibentang pada Mac ini, kita akan bentang dalam persidangan pada Jun,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo