NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rizab REE di Kelantan bernilai RM125 bilion, Terengganu RM 250 bilion




KOTA BHARU: 
Kelantan akan memberi tumpuan penerokaan sumber mineral dan unsur nadir bumi (REE) yang dianggar bernilai RM125 bilion daripada jumlah keseluruhan RM700 bilion di negara ini.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, usaha tersebut bagi menambahkan lagi sumber hasil negeri tanpa bergantung sepenuhnya kepada cukai dan pembalakan.

“Insya-Allah kita akan fokus kepada REE, sebagai anugerah Allah kepada kita daripada sumber kekayaan hasil bumi.

“Kerajaan Pusat beberapa bulan lepas memberi kebenaran kepada negeri untuk meneroka hasil REE. Dan ada pilot projek mengeluarkan REE yang kita akan tinjau nanti,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Menurutnya projek pilot tersebut terletak di Mukim Kenering Gerik, Perak yang merupakan projek perintis perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE).

Dr Mohamed Fadzli berkata, kerajaan negeri sedang berusaha menyelaras Prosedur operasi standard (SOP) bagi perlombongan REE supaya selari dengan terma kerajaan Pusat.

Bagaimanapun kata beliau, proses mendapat kelulusan pelbagai agensi kerajaan termasuk alam sekitar difahamkan mengambil masa kira-kira dua tahun.

“Kita akan cadangkan kepada kerajaan supaya mempermudahkan proses kelulusan aktiviti perlombongan bagi membolehkan mendapat hasil lebih cepat.

“Perlombongan REE agak mudah sebenarnya, cuma polisi kerajaan Pusat setakat ini banyak prosedur, itu kita kena fikir bagaimana menanganinya,” kata beliau.

Kelantan dianggar mempunyai rizab sebanyak 2.5 juta metrik tan REE yang terdapat di Jeli, Gua Musang dan Tanah Merah bernilai RM125 bilion.

Manakala Terengganu pula mempunyai simpanan REE bernilai kira-kira RM250 bilion. – HARAKAHDAILY 2/1/2024



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo