Ketua Pengarah Jabatan Penerangan & Media Baharu PAS Pusat, Zurk Ahmad berkata demikian merujuk kepada DAP sambil menambah bahawa parti itu bahkan dibela dan disucikan oleh parti sekutunya.
“Pada tahun 2023, DAP berjaya memegang portfolio penting; Menteri Pengangkutan, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Digital dan Menteri Sumber Manusia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Menurutnya, DAP turut dilibatkan dalam enam lagi kementerian sebagai Timbalan Menteri iaitu, Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Komunikasi, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian di JPM (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).
Namun, begitu sepanjang 2023, DAP telah menampilkan ‘naratif beracun’ bersirinya yang disenaraikan Zurk sebagai sebahagian ‘perjuangan’ DAP sepanjang tahun tersebut seperti berikut:-
1. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy mempersoalkan penguasaan Melayu dalam perkhidmatan awam. (Februari 2023)
2. Exco DAP, Teng Chang Kim bersikap biadab dengan mengaitkan isu arak dengan solat. (Januari 2023)
3. Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mengecam kostum ala pejuang HAMAS yang dipakai murid-murid sempena Minggu Solidariti Palestin dan mengugut pihak berkaitan untuk diambil tindakan. (Oktober 2023)
4. Pengerusi DAP, Lim Guan Eng membuat ucapan fitnah berunsur 3R dengan mendakwa ‘gelombang hijau’ bakal memusnahkan tokong dan orang bukan Islam akan berdepan pelbagai sekatan sekiranya PAS memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN). (Julai 2023)
5. DAP cuba mencucuk jarum perkauman dengan mempolitikkan isu kompaun PBT terhadap pakaian peniaga di Kelantan. (Jun 2023)
6. Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa Malaysia tidak lagi memerlukan parti Melayu. (Jun 2023)
7. Ahli Parlimen DAP, Howard Lee menggunakan ayat al-Quran dengan memberi tafsiran yang salah untuk menggesa umat Islam menyokong kerajaan campuran. (September 2023)
8. Ahli veteran DAP, Lim Kit Siang menunjukkan sikap chauvinisnya dengan membangkitkan mengenai orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia. (November 2023)
9. Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai desak agar kerajaan mengadakan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kuala Lumpur. (Disember 2023)
10. Ahli Parlimen DAP, Ngeh Koo Ham cadang untuk Kerajaan melantik orang bukan Islam ke dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-undang Islam. (Disember 2023)
Tambah Zurk, benarlah seperti kata Tuan Guru Presiden PAS: “DAP tidak perlu bersuara kuat lagi, hanya sekali-sekala sudah cukup. Hal ini demikian kerana, mereka berjaya melantik jurubicara daripada kalangan Melayu yang lupa akan kemelayuannya dan lalai akan keislamannya, malah menganggap Melayu sangat rasis apabila bersuara membela Melayunya atau Islamnya fanatik jika bercakap mengenai Islam.”
“Titah KDYMM Sultan Selangor yang mengharapkan agar orang-orang politik khususnya yang bukan beragama Islam untuk tidak terus-menerus mencampuri urusan hal ehwal Agama Islam adalah isyarat jelas bahawa DAP biadap, melampau, dan telah melanggar garis sempadan politik kepartian dalam negara kita.
“Setahun yang duka dengan naratif beracun DAP. Semoga 2024 yang mendatang ini Islam dan Melayu kuat menghadapi naratif beracun ini,” katanya. . – HARAKAHDAILY 1/1/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment