KUALA LUMPUR – Pendakwaan terhadap bekas-bekas pemimpin didakwa untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada kegagalan Kerajaan Madani yang sudah lebih tahun mentadbir negara.
Walau bagaimanapun, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, rakyat ketika ini hanya memberi perhatian terhadap isu-isu kebajikan sendiri berbanding pendakwaan yang dilakukan.
“Dakwa-dakwa sampai orang tua pun kena dakwa. Anak dia kena, isteri kena. Sebenarnya tidak ada apa sangat, cuma nak alihkan isu pandangan rakyat kegagalan setahun lebih, tidak boleh buat apa pun.
“Takut rakyat fokus kepada kegagalan, mereka suruh rakyat fokus isu pendakwaan zaman dulu. Eh, rakyat tak kisah cerita menyamun ni bukan kayakan kita.
“Rakyat fikir perut ni nak isi, pekerjaan, harga (barang) murah itu yang rakyat fokus,” katanya yang bertindak sebagai panelis Wacana Intelek bertajuk Pembangunan Ekonomi Bumiputera.
Baru-baru ini, isteri bekas Menteri Kewangan, Toh Puan Na’imah Khalid didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan kesalahan kesalahan tidak mendedahkan aset selaras Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009.
Pada masa sama, dua anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mohkzani turut dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Pada 18 Januari lalu, SPRM dilaporkan mengkehendaki Mirzan mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis.
Mokhzani yang juga ahli perniagaan hadir ke ibu Pejabat SPRM pada 26 Januari lalu berkaitan notis pengisytiharan harta.
Esok, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin bakal didakwa atas tuduhan yang sama dengan isterinya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment