NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pulih ekonomi dengan dasar berpaksikan kepentingan rakyat, bukan perkenalkan cukai baharu – MCA



KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani perlu mengambil langkah lebih proaktif dan agresif dalam memulih ekonomi secara mampan menerusi dasar-dasar praktikal dan berpaksikan kepentingan rakyat.

Ketua Penerangan MCA, Chan Quin Er berkata, langkah itu bukan dengan cara memperkenalkan cukai-cukai baharu yang membebankan secara langsung seperti cukai barangan bernilai rendah (LVG) atau dengan mengenakan cukai ke atas perkhidmatan penting seperti perubatan tradisi dan komplementari (PT&K).

Keputusan menaikkan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada lapan peratus pastinya membebankan rakyat, katanya.

“Sebaliknya, melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah langkah yang tepat dalam sistem percukaian di mana GST telah dibuktikan lebih telus, efektif dalam mengurangkan ketirisan serta menambah pendapatan negara.

“Bukannya membebankan rakyat dengan mengenakan cukai-cukai baharu sepertimana yang dilaksanakan oleh kerajaan hari ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Quin Er mengulas laporan MalaysiaGazette semalam yang menyiarkan luahan orang ramai berhubung pergelutan kehidupan susulan kos sara hidup dan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Menurut Quin Er lagi, kerajaan juga perlu mengambil langkah meningkatkan keyakinan pelabur asing untuk melabur di Malaysia dan secara langsung memberi memanfaatkan kerana dapat mewujudkan peluang pekerjaan.

Jelas beliau, tidak dinafikan kerajaan menerusi pelbagai kementerian berjaya menarik pelabur asing melabur di Malaysia namun tidak guna angka puluhan atau ratusan bilion disebut sebagai pelaburan langsung asing (FDI) tetapi tidak memberi manfaat kepada rakyat secara terus terutamanya dalam jangka masa pendek.

“Maka itu, kesemua yang dirancang kerajaan untuk tahun 2024 ini perlu diterangkan kepada rakyat dengan bahasa mudah serta disiarkan secara berterusan baik menerusi media utama, mahu pun media sosial.

“Jika tidak, rakyat pasti tidak mengetahui hala tuju kerajaan terutamanya dalam mendepani tahun baharu 2024 yang serba mencabar.

“Dengan siaran berita positif seperti ini, sudah pasti ia akan meyakinkan rakyat bahawa kerajaan hari ini cekap dalam soal pengurusan serta pentadbiran negara,” ujarnya. – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo