NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis tak terima permohonan permit anjur Himpunan Rakyat

Himpunan Rakyat anjuran Pembela Tanah Air dilaporkan akan diadakan pada 11 pagi esok dan turut melibatkan penyerahan memorandum di Istana Negara.


KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima sebarang permohonan permit berhubung penganjuran Himpunan Rakyat dan penyerahan memorandum oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Pembela Tanah Air (Peta), pada 11 pagi esok di Istana Negara.

Ketua Polis Brickfields, Amihizam Abdul Shukor, berkata polis juga tidak menerima sebarang notis daripada pihak penganjur.

“Setakat ini, pihak polis masih tidak menerima sebarang notis permohonan daripada penganjur. Justeru itu, semua pihak diminta menghormati undang-undang dan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan isu ini dan sebarang maklumat berkaitan jenayah atau kegiatan mencurigakan, boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Terdahulu, tular di media sosial melalui hantaran oleh Che Gubard (Badrul Hisham Shaharin) yang mengajak orang ramai agar menyertai Himpunan Rakyat dan penyerahan memorandum yang dijadual diadakan di Istana Negara, esok.


Sumber | FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo