KUALA LUMPUR – Walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad kerap berkongsi pentas dengan kepimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN), namun kenyataan kontroversi bekas perdana menteri itu mengenai kesetiaan kaum India tidak ada kaitan dengan gabungan itu.
Ketua Penerangan Sayap Bersekutu Bersatu, Datuk Sri Sanjeevan menegaskan, kenyataan Dr Mahathir itu langsung tidak mencerminkan idealogi Parti Bersatu mahupun gabungan PN.
“Benar Tun Mahathir sejak kebelakangan ini selalu tampil bersama pimpinan PN namun apa yang beliau cakap itu tidak mewakili mana-mana gabungan dalam PN sebenarnya.
“Tun tidak mewakili mana-mana parti, beliau hanya menyokong PN tetapi tidak duduk dalam kepimpinan tertinggi PN atau menjadi gabungan dalam PN, jadi apa saja komen Tun tidak wakili PN sama sekali,” katanya hari ini.
Kata Sanjeevan, ramai cuba mainkan pelbagai sentimen termasuklah parti lawan terhadap PN namun sokongan bukan Melayu sudah meningkat 20 peratus sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) berbanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Rakyat yang sokong PN tidak akan terbawa dengan mana-mana propaganda dimainkan pihak lawan. Pada saya apa sahaja yang Tun Mahathir tidak wakili kita, ahli-ahli PN juga tahu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Sanjeevan menolak sekerasnya cadangan ‘asimilasi’ Dr Mahathir dan yakin rata-rata rakyat di negara ini juga berpandangan sepertinya.
“Adakah orang Melayu yang berhijrah ke negara Eropah, Amerika Syarikat, mereka kena amalkan budaya orang putih? Kalau orang Melayu berhijrah ke China, adakah dia patut jadi orang Cina?
“Saya tidak setuju dengan asimilasi sebab kerana seseorang itu sukar melepaskan budaya dan bahasa yang menjadi identiti bangsa,” ujarnya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment