NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN nafi dakwaan Bersatu ketepikan MP



KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) hari ini menafikan dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal bahawa peranan ahli-ahli Parlimen (MP) dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diketepikan.

Sebaliknya, setiap isu yang dibangkitkan sama ada di peringkat nasional ataupun kawasan dibicang bersama dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti untuk dicari jalan penyelesaian, kata Timbalan Presiden PN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

“Saya sebagai pemimpin tertinggi dalam PN dan sebagai Timbalan Presiden bagi PN memang apa yang dikatakan (oleh Syed Abu Hussin Hafiz) itu tak betullah.

“Sebab majlis tertinggi kita ada mesyuarat dan tiap-tiap mesyuarat kita berikan pandangan, cadangan dan kita buat keputusan bersama-sama, tak adalah seperti dikatakan oleh YB Bukit Gantang yang kata ada perpecahan di PN, tak ada,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sesi temu bual khas bersama media di Ibu Pejabat Parti Gerakan, di sini, hari ini.

Dalam satu sidang media yang diadakan dikediamannya, Syed Abu Husin mendakwa, wakil rakyat dari parti Bersatu jarang dilibatkan dalam mesyuarat parti bagi mendepani masalah peruntukan kawasan.

Malah katanya, isu kewangan menjadi satu masalah besar dan jika tidak diambil perhatian bagaimana mereka hendak membantu rakyat dan memberikan perkhidmatan di kawasan.

Syed Abu Hussin berkata, ahli-ahli Parlimen mengharapkan pucuk pimpinan Bersatu melakukan reformasi parti bukan membuat pusingan U dengan mempertahankan kepimpinan presiden parti.

Mengulas lanjut, Dominic berkata, beliau tidak menafikan setiap parti dalam gabungan PN mempunyai pandangan berlainan.

Bagaimanapun katanya, ia merupakan perkara biasa, namun boleh selesai melalui perbincangan.

“Tiap-tiap parti ada sistem sendiri seperti di Parti Gerakan memang dulu kita ada wakil rakyat…tapi, takkan semua YB itu masalah-masalah yang dihadapi kawasan masing-masing boleh dipaparkan atau diketahui oleh presiden atau pemimpin ahli-ahli jawatankuasa pusat.

“Oleh itu, saya nak katakan jika ada isu ahli-ahli Parlimen (ketika Gerakan memiliki ahli Parlimen) boleh bangkit dan kita boleh selesaikan di peringkat parti Gerakan. (tetapi) Jika parti Gerakan tak dapat selesaikan kita bawa ke peringkat PN dan kita selesaikan,” ujarnya. – MalaysiaGazette



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo