NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perancis sekat kemasukan pelampau Yahudi



  • Perancis akan mengenakan larangan kemasukan kepada peneroka haram pelampau Yahudi dari Israel ke republik itu.
  • Kementerian Luar Perancis dalam kenyataan pada Rabu berkata sekatan itu akan dikenakan kepada pelampau Yahudi yang melakukan kekerasan terhadap warga Palestin di Tebing Barat.
  • Bagaimanapun usaha itu memerlukan tindakan peringkat nasional dalam mengenal pasti individu berpotensi dan mengumpulkan maklumat rangka kerja undang-undang berhubung perkara itu.
  • Perbincangan mengenai sekatan perjalanan itu dibangkitkan pada awal Disember 2023 ketika Jurucakap Kementerian Luar Perancis, Anne-Claire Legendre menyatakan negara itu sedang berusaha mengenakan larangan tersebut.

Perancis akan mengenakan larangan kemasukan kepada peneroka haram pelampau Yahudi dari Israel ke republik itu.


Kementerian Luar Perancis dalam kenyataan pada Rabu berkata sekatan itu akan dikenakan kepada pelampau Yahudi yang melakukan kekerasan terhadap warga Palestin di Tebing Barat.

Bagaimanapun usaha itu memerlukan tindakan peringkat nasional dalam mengenal pasti individu berpotensi dan mengumpulkan maklumat rangka kerja undang-undang berhubung perkara itu.

Perbincangan mengenai sekatan perjalanan itu dibangkitkan pada awal Disember 2023 ketika Jurucakap Kementerian Luar Perancis, Anne-Claire Legendre menyatakan negara itu sedang berusaha mengenakan larangan tersebut.

Jordan News melaporkan ia turut dibincangkan dengan koalisi lain dalam Kesatuan Eropah (EU).

Kementerian Luar itu juga menekankan Perancis dengan tegas mengutuk dasar penempatan Yahudi yang dianggap sebagai tidak sah.

Perancis turut mendesak rejim Israel untuk menarik balik keputusannya memperluaskan penempatan Yahudi di bumi Palestin.

Kementerian Luar Perancis berkata tindakan memperluaskan penempatan haram itu dikhuatiri akan menangguhkan penubuhan negara Palestin yang dianggap sebagai satu-satunya penyelesaian bagi konflik Israel-Palestin. – The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo