NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penjawat awam perlu bersedia dengan pelbagai lagi kejutan – Aireroshairi



KUANTAN – Penjawat awam perlu bersedia dengan pelbagai lagi kejutan selepas keputusan lantikan kontrak dan tidak berpencen yang diumumkan kerajaan.

Ketua Penerangan Pas Negeri Pahang, Aireroshairi Roslan mendakwa selepas ini ada lagi kejutan-kejutan yang tidak menyenangkan penjawat awam.

”Setahun yang berlalu dengan Kerajaan Madani tidak semuanya indah-indah belaka.

”Antara yang boleh dijangka, kaedah baharu nanti mungkin berlaku perubahan dari segi saiz pencen, kuota lantikan, tempoh perkhidmatan dan sebagainya.

”Kerana matlamat kerajaan adalah untuk menangani tanggungan pencen dan melandaikan tanggungan fiskal negara,” katanya menerusi kenyatan semalam.

Menurut Aireroshairi, surat edaran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bertarikh 15 Januari lalu menyatakan Jemaah Menteri memutuskan suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam akan diperkenalkan.

Namun sementara penetapan baharu dibuat, pengambilan penjawat awam akan dibuat secara kontrak sebelum diserap sebagai tetap.

Manakala pengambilan secara lantikan akan dilaksanakan dalam tempoh interim sehingga sistem saraan baru perkhidmatan awam diperkenalkan.

”Maka tiada pelantikan tetap bermula 1 Februari 2024 sehingga kaedah baharu diumumkan. Lantikan sebelum 1 Februari 2024 masih tertakluk kepada skim pencen sebelum ini.

”Yang pasti akan wujud pro dan kontra selain berharap yang baik-baik, “ katanya dalam kenyataan.

Beliau berharap semoga kaedah baharu nanti mengutamakan lebih banyak kebaikan dan tidak ada mana-mana pihak yang tertindas. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo