NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penjawat awam kini hanya dilantik secara kontrak



  • Pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak akan dilaksanakan kerajaan sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenalkan untuk mengukuhkan sistem saraan perkhidmatan awam di negara ini.
  • Inisiatif kaedah baharu itu ketika ini dalam fasa pindaan kepada undang-undang berkaitan dan ia dilihat mampu mengurangkan tanggungan fiskal negara dalam tempoh jangka masa panjang. 
  • Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, menerusi satu pekeliling yang dipetik Berita Harian, hari ini.
  • “Kerajaan melalui mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 2023, memutuskan supaya suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam diperkenalkan.
  • “Jemaah Menteri juga bersetuju supaya dalam tempoh peralihan (interim) sebelum penguatkuasaan kaedah tersebut, pengambilan pegawai awam ke perjawatan tetap akan dilaksanakan secara lantikan kontrak (COS) berkuat kuasa mulai tahun 2024,” katanya.
  • Beliau berkata pelaksanaan pengambilan pegawai baharu secara lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam itu berkuat kuasa 1 Februari ini.

KUALA LUMPUR — Pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak akan dilaksanakan kerajaan sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenalkan untuk mengukuhkan sistem saraan perkhidmatan awam di negara ini.

Inisiatif kaedah baharu itu ketika ini dalam fasa pindaan kepada undang-undang berkaitan dan ia dilihat mampu mengurangkan tanggungan fiskal negara dalam tempoh jangka masa panjang. 

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menerusi satu pekeliling dipetik Berita Harian, hari ini.

Wan Ahmad Dahlan berkata inisiatif itu selaras dengan komitmen negara dalam menangani isu peningkatan tanggungan pencen.

“Kerajaan melalui mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 2023, memutuskan supaya suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam diperkenalkan.

“Jemaah Menteri juga bersetuju supaya dalam tempoh peralihan (interim) sebelum penguatkuasaan kaedah tersebut, pengambilan pegawai awam ke perjawatan tetap akan dilaksanakan secara lantikan kontrak (COS) berkuat kuasa mulai tahun 2024,” katanya.

Beliau berkata pelaksanaan pengambilan pegawai baharu secara lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam itu berkuat kuasa 1 Februari ini.

Katanya, kaedah pelaksanaan lantikan kontrak itu mengikut peraturan, pekeliling perkhidmatan dan kaedah semasa yang sedang berkuat kuasa iaitu MyPPSM Ceraian UP.1.1.1 Prosedur dan Dasar Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service). 

“Dalam hal ini, lantikan kontrak (COS) yang dimaksudkan adalah lantikan kontrak Objek Sebagai (OS) 11000,” katanya.

Justeru, Wan Ahmad Dahlan mengingatkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) hendaklah mematuhi dan melaksanakan ketetapan itu berdasarkan peraturan, pekeliling perkhidmatan dan kaedah semasa yang sedang dikuat kuasakan. — The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo