NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengorbanan tiga anak muda pejuang rakyat tertindas

PENGORBANAN TIGA ANAK MUDA PEJUANG RAKYAT TERTINDAS.
8 Januari 2024

Ketika negara tertumpu pada Langkah Dubai, warga kerja Harakah dikejutkan dengan perkhabaran tangkapan tiga petugas media yang didakwa menceroboh kediaman Menteri Besar Selangor.

Dakwaan menceroboh itu tersebar secara meluas sehingga memberi konotasi negatif kepada Harakah dan secara tidak langsung kepada PAS.

Tiga petugas Harakah tersebut telah direman di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam selama dua malam, bermula petang 5 Januari dan dibebaskan pagi 7 Januari 2024.

Suffi Kamari, Zharif Zulkiflee dan Ikmal Emir bukanlah seorang tokoh politik terkenal, tetapi mereka merupakan petugas media di Harakah dan HarakahDaily yang berusaha menyalurkan berita yang tepat dan benar semata-mata untuk rakyat.

Nama Suffi Kamari tidak asing bagi pemain-pemain media sosial khususnya TikTok dan instgram.

Anak muda berusia 30-an ini merupakan pejuang rakyat tertindas. Ketika masalah penduduk belum diketahui oleh media lain, anak muda inilah yang pertama melangkah masuk ke medan permasalahan tersebut.

Tiada istilah gentar jauh sekali menyerah kalah. Baginya, nasib rakyat yang tertindas khususnya di negeri maju dan kaya ini perlu diperjuangkan tanpa memilih kepartian.

Sementara Zharif dan Ikmal juga merupakan petugas Harakah dan HarakahDaily yang sering berusaha dalam menyelongkar isu-isu penindasan rakyat.

Walaupun tugas hakiki mereka sebagai petugas media, namun keterlibatan mereka dalam menjalinkan hubungan dengan badan bukan kerajaan (NGO) amat aktif, demi untuk terus menyelami kesusahan dan penderitaan rakyat.

Suffi, Zharif dan Ikmal antara anak-anak muda yang berusaha memperjuangkan kesusahan rakyat Selangor yang tertindas di negeri sendiri.

Isu pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sebelum ini menggemparkan Kampung Alang Sedayu, apabila premis mereka dirobohkan oleh jentolak pada 21 Dis lalu telah merebak ke kawasan Kampung Taman Rawiyah Sulaiman Jaya yang jarak antara kedua-duanya adalah kira-kira 6 kilometer. 

Sebelum itu, pembangunan (ECRL turut `memangsakan’ sebilangan besar penduduk di Taman Sungai Sireh, Klang.

Tarikh 5 Januari tahun ni sudah tentu tidak dapat dilupakan bukan sahaja kepada tiga orang anak muda pejuang rakyat ini, tetapi warga kerja Harakah dan rakyat Malaysia.

Kejadian yang berlaku pada petang 5 Januari itu, mereka hadir ke mesyuarat antara Menteri Besar atas kapasiti Gerakan Pertubuhan Ummah (UMMAH) iaitu NGO yang memperjuangkan hak penduduk Kg Sg Sireh.

Mereka menghadiri mesyuarat tersebut bersama Menteri Besar Selangor. Namun, isu hanya berlaku setelah pertemuan dengan Menteri Besar Selangor itu selesai apabila mereka telah ditahan atas alasan menceroboh kediaman rasmi menteri besar.

Berlainan parti tidak menghalang Suffi Kamari berjabat tangan dengan Menteri Besar. Selepas itu, beliau bersama dua rakan sekerjanya itu menunggu wakil penduduk yang bertemu menteri besar di parkir kereta untuk bertemu semula dengan mereka.

Mereka bukan menceroboh, tiga orang anak muda ini masuk kediaman Menteri Besar dengan kebenaran.

Adakah tangkapan tiga orang anak muda yang berusaha memperjuangkan hak rakyat itu disebabkan tindakan terdesak kerajaan PH-BN yang dikatakan akan tumbang pada bila-bila masa?

Sewajarnya rakyat Malaysia berbangga mempunyai anak muda yang berani dan lantang untuk memperjuangkan hak rakyat. Anak-anak muda ini ada keluarga sendiri – anak-anak dan isteri.

Namun, demi keselesaan dan kesejahteraan penduduk yang tertindas mereka sanggup mengorbankan masa untuk meneruskan perjuangan membela rakyat tertindas di negeri maju dan paling kaya, Selangor.

Tahniah kepada tiga orang anak muda ini yang terpilih menjadi ‘penghuni sementara’ di lokap IPD Shah Alam. Bukan semua orang boleh rasa tidur, makan dan berehat di lokap polis.

Semestinya, pengalaman mahal itu akan menjadi pendorong semangat dan motivasi kepada anak-anak muda lain supaya tidak patah semangat untuk memperjuangkan hak rakyat tertindas. 

Sumber | HARAKAHDAILY 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo