KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berang dengan pengkhianatan terbaharu yang dilakukan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi yang mengatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Shahidan yang juga veteran di Dewan Rakyat berkata, pengkhianat-pengkhianat perjuangan akan dihina tujuh keturunan kerana keluarga mereka juga terpalit.
Oleh itu, beliau meminta semua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang berpaling tadah agar kembali pangkal jalan.
“Pengkhianat-pengkhianat perjuangan akan dihina tujuh keturunan. Keluarga juga terpalit. Kembali ke Pangkal Jalan,” katanya di Facebook beliau hari ini.
Shahidan mengulas langkah Zulkafperi yang menjadi Ahli Parlimen terbaharu dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyokong Anwar.
Zulkafperi dalam satu kenyataan berkata, keputusannya itu bertujuan untuk memastikan nasib dan pembangunan penduduk Tanjong Karang terus terbela dan akan mendapat pelabagai manfaat termasuk peningkatan infrastruktur dan keperluan setempat.
Tetapi, beliau menegaskan masih setia kepada Bersatu.
Sebelum ini, lima Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Anwar, iaitu Syed Abu Hussin Hafiz (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) serta Suhaili Abdul Rahman (Labuan). – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment