NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengislaman tiga anak Loh Siew Hong terbatal, Peguam akan bawa ke Mahkamah Persekutuan

Foto: Bekas Isteri M. Nagahswaran, Loh Siew Hong (kiri) & Peguam yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Perlis (MAIPs) bagi kes tersebut, Aidil Khalid (kanan).


  • Peguam yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Perlis (MAIPs) bagi kes tersebut, Aidil Khalid berkata pihaknya sedang mengusahakan untuk membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan (tingkat tertinggi kehakiman).
  • “Sama ada kita akan berjaya atau tidak di sana, kita serahkan kepada Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
  • Beliau turut meluahkan rasa agak “devastated” untuk mengulas apa yang berlaku berhubung keputusan Mahkamah Rayuan itu.
  • Semalam, Mahkamah Rayuan di Putrajaya memutuskan pengislaman tiga kanak-kanak yang dibuat secara unilateral (sebelah pihak) oleh bapa mereka, M. Nagahswaran atau nama Islamnya, Muhammad Nagahswaran Muniandy tanpa kebenaran bekas isterinya, Loh Siew Hong  tidak sah dan terbatal.

KUALA LUMPUR — Keputusan Mahkamah Rayuan semalam berhubung kes pengislaman tiga kanak-kanak yang dibuat secara unilateral (sebelah pihak) oleh bapa mereka tanpa kebenaran bekas isterinya tidak sah dan terbatal akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

Peguam yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Perlis (MAIPs) bagi kes tersebut, Aidil Khalid berkata pihaknya sedang mengusahakan untuk membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan (tingkat tertinggi kehakiman).

“Sama ada kita akan berjaya atau tidak di sana, kita serahkan kepada Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut meluahkan rasa agak “devastated” untuk mengulas apa yang berlaku berhubung keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Katanya, panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan itu mengambil pendekatan bahawa memandangkan pada masa mereka di-Islamkan, hanya bapa yang bersetuju sedangkan ibu tidak setuju, maka itu menjadikan pengislaman kanak-kanak tersebut sebelah pihak (unilateral conversion). 

Justeru, pengislaman mereka adalah tidak sah, sebab Mahkamah Rayuan terikat kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi, yang mengisytiharkan unilateral conversion sebagai bercanggah dengan Perlembagaan.

“Justeru sama ada anak-anak itu memang memilih untuk menjadi Islam atau tidak, bukan lagi soalnya, dan tidak disentuh pun dalam penghakiman ringkas yang dibacakan oleh Yang Arif Hakim,” katanya.

Semalam, Mahkamah Rayuan di Putrajaya memutuskan pengislaman tiga kanak-kanak yang dibuat secara unilateral (sebelah pihak) oleh bapa mereka, M. Nagahswaran atau nama Islamnya, Muhammad Nagahswaran Muniandy tanpa kebenaran bekas isterinya, Loh Siew Hong  tidak sah dan terbatal.

Justeru, agama tiga kanak-kanak itu yang mana bagi pasangan kembar yang kini berusia 16 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun kekal sebagai Hindu. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Aidil Khalid




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo