NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengampunan Najib: Hukuman penjara dikurangkan kepada 6 tahun – Media Singapura



  • Hukuman penjara 12 tahun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan rasuah dikurangkan kepada enam tahun oleh Lembaga Pengampunan selepas mesyuaratnya pada Isnin, lapor Channel News Asia (CNA)memetik sumber termasuk pegawai kanan kerajaan.
  • Media Singapura itu hari ini melaporkan keputusan Lembaga Pengampunan, yang diketuai Yang di-Pertuan Agong, juga termasuk pengurangan denda RM210 juta (AS$44.4 juta) kepada jumlah yang tidak ditentukan, menurut tiga sumber berasingan yang bercakap dengan syarat kerahsiaan ketat.
  • Pengampunan separa diraja atas pembabitan Najib dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibuat selepas menjalani hukuman penjara kurang dua tahun.
  • Terdapat spekulasi hangat mengenai pengampunan itu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa semalam mengesahkan ahli lembaga pengampunan, termasuk beliau sendiri, bermesyuarat pada Isnin.
  • Beliau dilaporkan berkata pengumuman rasmi mengenai perkara itu dijangka dibuat Lembaga Pengampunan.

KUALA LUMPUR – Hukuman penjara 12 tahun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan rasuah dikurangkan kepada enam tahun oleh Lembaga Pengampunan selepas mesyuaratnya pada Isnin, lapor Channel News Asia (CNA) memetik sumber termasuk pegawai kanan kerajaan.

Media Singapura itu hari ini melaporkan keputusan Lembaga Pengampunan, yang diketuai Yang di-Pertuan Agong, juga termasuk pengurangan denda RM210 juta (AS$44.4 juta) kepada jumlah yang tidak ditentukan, menurut tiga sumber berasingan yang bercakap dengan syarat kerahsiaan ketat.

Pengampunan separa diraja atas pembabitan Najib dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibuat selepas menjalani hukuman penjara kurang dua tahun.

Pengurangan tempoh hukuman itu bermakna Najib dijangka menyelesaikan hukumannya pada Ogos 2028.

Bagaimanapun dengan parol berkelakuan baik, beliau boleh dibebaskan pada Ogos 2026 selepas menjalani dua pertiga daripada hukuman penjara baharu.

Namun, terdapat spekulasi hangat mengenai pengampunan itu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa semalam mengesahkan ahli lembaga pengampunan, termasuk beliau sendiri, bermesyuarat pada Isnin.

Beliau dilaporkan berkata pengumuman rasmi mengenai perkara itu dijangka dibuat Lembaga Pengampunan.

Mesyuarat itu adalah mesyuarat rasmi terakhir Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong sebelum pemerintahan baginda berakhir semalam dan menyerahkan pemerintahan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di bawah sistem penggiliran.

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini dilaporkan masih belum dimaklumkan mengenai sebarang keputusan oleh Lembaga Pengampunan. – The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo