NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Penat jadikan Tanjong Karang kubu PN belum hilang’, pemimpin Bersatu bidas Zulkafperi

Abdul Rashid Asari berkata kedudukan Zulkafperi Hanapi dalam Bersatu akan dibincang manakala Nurul Syazwani Noh membidas tindakan menyokong Anwar Ibrahim.


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tanjong Karang Zulkafperi Hanapi digesa meletak jawatan susulan tindakannya menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduan, kata Bersatu Selangor.

Ketuanya Abdul Rashid Asari berkata gesaan berkenaan disuarakan ahli parti yang merasakan kecewa dengan tindakan wakil rakyat penggal pertama itu, selepas mereka berusaha keras menenangkannya pada PRU15.

Menurut Adun Selat Kelang itu kepada FMT, Bersatu Selangor akan mengadakan mesyuarat dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan membuat keputusan termasuk tindakan terhadapnya.

“Tindakan itu tidak menjejaskan Bersatu Selangor walaupun kita akui ada ahli kecewa dan meminta beliau letak jawatan sebagai Ahli Parlimen,” katanya yang turut menasihatkan Zulkafperi menarik balik sokongan kepada Anwar.

Rashid turut mendakwa timbalannya itu telah dipujuk untuk menyokong Anwar sebanyak tiga kali.

Zulkafperi menjadi Ahli Parlimen Bersatu keenam mengisytiharkan sokongan kepada perdana menteri, namun menegaskan masih setia kepada parti sambil menyatakan tindakan itu bagi memastikan nasib dan pembangunan penduduk di Parlimennya terus terbela.

Sebelum ini, lima Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Anwar, iaitu Syed Abu Hussin Hafiz (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) serta Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Sementara itu, Adun Permatang Nurul Syazwani Noh berkata Zulkafperi seolah-olah tidak menghargai usaha jentera PAS dan Bersatu yang membantu kemenangannya di bawah tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRU15.

“Bagi saya semua masalah penyelesaian, walaupun kami wakil rakyat pembangkang tetapi kami turun siang malam bantu rakyat di DUN Permatang dan Sungai Burong di bawah Parlimen Tanjong Karang.

“Penat kami menjadikan Tanjong Karang kubu PN belum hilang,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo