NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemuda Pas Pahang gesa batalkan Pesta Muzik Kuantan



KUANTAN – Pemuda Pas Pahang menggesa kerajaan negeri membatalkan penganjuran Pesta Muzik Kuantan yang dijadual berlangsung pada 24 Februari depan di Stadium Darul Makmur, di sini. 

Ketuanya, Mohd Zarimi Abu Zih berkata, penganjurannya seolah-olah tidak sensitif dengan kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi.

“Kita kini baru memasuki bulan Rejab yang jelas berkaitan dengan isu Palestin. 

“Yang sepatutnya kita di bulan Rejab dan Syaaban ini menjadikan masa-masa berkah ini dengan memperbanyakkan ibadah, puasa sunat, sedekah, zikir, membaca Al Quran dan lain lain,” kata Mohd Zarimi di laman Facebooknya hari ni.

Tambahnya, Pemuda Pas Pahang memandang serius hiburan melampau yang kian membarah khususnya dalam negeri ini dan Malaysia secara amnya.

Beliau turut memetik ucapan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sewaktu berkempen di PRK Pelangai pada September  tahun lalu.

“Dalam ucapannya, MB Pahang kata negeri Pahang ini lebih Islam dari negeri yang mereka (Pas) perintah,” katanya.

Oleh sebab itu, beliau berkata, kerajaan negeri perlu membatalkan penganjuran Pesta Muzik Kuantan yang bakal menampilkan kumpulan popular negara seberang, Ungu bersama barisan tujuh artis terkemuka tanah air yang lain. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo