Foto: Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Perlis, Asrul Aimran Abd Jalil. |
- Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Perlis, Asrul Aimran Abd Jalil berkata, arahan itu turut membabitkan papan tanda jalan di taman perumahan dan kawasan kejiranan di negeri itu.
- “Kewajipan ini adalah membabitkan permohonan baharu mana-mana premis perniagaan yang mahu menaikkan papan tanda premis perniagaan mereka yang baharu tanpa mengganggu papan tanda iklan yang sedia ada.
- “Maksudnya jika ada pemilik perniagaan yang mempunyai papan tanda premis perniagaannya yang masih elok namun tiada sebarang tulisan jawi padanya masih dibenarkan untuk terus menggunakan, sebaliknya sekiranya ada pemilik perniagaan yang mahu menggantikan papan tanda premis perniagaannya yang sudah rosak atau pudar kepada yang baharu, maka mereka wajib menyertakan sekali tulisan jawi pada papan tanda perniagaan mereka itu,” katanya dipetik Berita Harian ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Kerajaan Negeri di Persiaran Wawasan di Kangar, semalam.
- “Malah, penguatkuasaan ini turut membabitkan semua premis perniagaan yang mempunyai lesen operasi daripada Majlis Perbandaran Kangar tanpa mengambil kira sama ada premis perniagaan itu menjual barangan tidak halal atau sebagainya,” katanya.
KUALA LUMPUR – Perlis akan mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada setiap papan tanda permis perniagaan, iklan atau ‘billboard’ di seluruh negeri itu bermula 1 Februari depan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Perlis, Asrul Aimran Abd Jalil berkata, arahan itu turut membabitkan papan tanda jalan di taman perumahan dan kawasan kejiranan di negeri itu.
“Kewajipan ini adalah membabitkan permohonan baharu mana-mana premis perniagaan yang mahu menaikkan papan tanda premis perniagaan mereka yang baharu tanpa mengganggu papan tanda iklan yang sedia ada.
“Maksudnya jika ada pemilik perniagaan yang mempunyai papan tanda premis perniagaannya yang masih elok namun tiada sebarang tulisan jawi padanya masih dibenarkan untuk terus menggunakan, sebaliknya sekiranya ada pemilik perniagaan yang mahu menggantikan papan tanda premis perniagaannya yang sudah rosak atau pudar kepada yang baharu, maka mereka wajib menyertakan sekali tulisan jawi pada papan tanda perniagaan mereka itu,” katanya dipetik Berita Harian ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Kerajaan Negeri di Persiaran Wawasan di Kangar, semalam.
Asrul berkata, penguatkuasaan itu adalah sebagai usaha kerajaan Perlis untuk memperkasa dan mendedahkan tulisan jawi kepada semua lapisan masyarakat di negeri terbabit.
Beliau berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerusi Munsyi Jawi bagi bagi memastikan kaligrafi jawi digunakan betul dan tepat.
“Papan tanda premis perniagaan ini akan membabitkan dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu menerusi tulisan rumi dan tulisan jawi manakala sekiranya papan tanda premis itu turut mempunyai bahasa ibunda yang lain seperti Bahasa Mandarin atau Tamil, ia tetap tidak mempunyai masalah untuk menyertakan sekali bersama tulisan jawi pada papan tanda itu.
“Malah, penguatkuasaan ini turut membabitkan semua premis perniagaan yang mempunyai lesen operasi daripada Majlis Perbandaran Kangar tanpa mengambil kira sama ada premis perniagaan itu menjual barangan tidak halal atau sebagainya,” katanya.
Sebelum ini, negeri Kelantan, Kedah, Pahang dan Melaka sudah pun memulakan langkah memperkasakan tulisan jawi pada setiap papan tanda premis perniagaan serta iklan di negeri masing-masing. — The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment