NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelarasan tarif air bantu AKSB tampung kos operasi




KOTA BHARU: 
Pelarasan tarif air domestik mulai 1 Februari ini dengan kenaikan purata 22 sen bagi setiap meter padu diharap dapat membantu Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menampung kos operasi.

Pemangku Pengurus Besar AKSB Izani Ismail berkata, antara masalah yang sering dihadapi AKSB terdapat banyak paip yang mengalami kebocoran.

Katanya, dengan adanya tambahan pendapatan AKSB boleh mempercepatkan kerja-kerja membaiki paip yang bocor.

“Kadar kehilangan air tak terhasil (NRW) di Kelantan masih tinggi iaitu sebanyak 50 peratus.

“Dan apabila paip yang mengalami kebocoran dibaiki dengan sendirinya kadar NRW dapat dikurangkan” ujarnya selepas Majlis Apresiasi Media-AKSB 2024 di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Beliau juga berkata, pihaknya dalam proses melantik kontraktor untuk kerja-kerja membaiki paip yang bocor.

Menurutnya pelantikan kontraktor diharap dapat menyegerakan proses pembaikian kerana kakitangan sedia ada tidak mencukupi.

“Apa yang penting kami turut berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya

Izani juga berkata, pihaknya juga akan membaik pulih sistem rawatan di loji rawatan air (LRA) serta menaik taraf loji-loji lama.

Baru-baru ini Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumum pelarasan kadar tarif air di bawah Mekanisme Penetapan Tarif bagi pengguna kategori domestik di seluruh Semenanjung dan Labuan akan berkuat kuasa mulai 1 Februari ini.

Pelarasan tarif air domestik itu melibatkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu. – HARAKAHDAILY 22/1/2024



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo