NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelajar UMS sambut Zambry dengan nyanyian ‘kami belum mandi’

Zambry Abd Kadir mengumumkan peruntukan tambahan RM2 juta untuk penyelesaian jangka pendek bagi isu tekanan air rendah dan sistem telaga paip.


PETALING JAYA: Lawatan sulung Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) disambut pelajar dengan memohon maaf sambil bernyanyi kerana belum mandi akibat gangguan bekalan air.

Berita Harian melaporkan mereka turut memegang plakad, antaranya “madani untuk siapa” dan “kembalikan hak kami” bagi menzahirkan masalah air di kampus.

Tahun lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM3 juta kepada UMS bagi menyelesaikan masalah air di kampus.

Bagaimanapun, seorang pelajar ditemui berharap mereka mendapat maklumat jelas bagaimana wang itu digunakan, termasuk kemajuan projek setakat ini.

“Selain itu, bagi pihak pelajar, kami ingin yuran penginapan dikurangkan disebabkan gangguan bekalan air.”

Justeru, Zambry mengumumkan peruntukan tambahan RM2 juta untuk penyelesaian jangka pendek bagi menyelesaikan isu tekanan air rendah dan sistem telaga paip.

Jabatan Air Negeri Sabah menghantar bekalan menerusi lori tangki ke kampus, tetapi masih tidak mencukupi.

Sementara itu, Zambry ketika dihubungi memaklumkan masalah air di UMS disampaikan kepada Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor menerusi kunjungan hormat hari ini.

“Antara dibincangkan ialah isu air di UMS, beliau berjanji untuk mempercepatkan proses pembinaan paip baru bagi sebuah loji baru yang siap dibina tidak jauh dari kawasan berkenaan,” katanya kepada FMT.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo