NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pegawai polis tampar orang awam hanya ditukar unit lain

Tangkap layar kejadian menunjukkan seorang individu dipercayai pegawai polis yang menampar orang awam, dalam kejadian di Johor. insert: Kamarul Zaman Mamat.


PETALING JAYA: Seorang sarjan mejar yang didakwa melakukan kekerasan terhadap seorang lelaki di tempat awam dipindahkan ke unit lain sementara menunggu siasatan.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata pegawai yang bertanggungjawab ke atas Balai Polis Sri Gading itu ditukar ke unit lain yang tidak perlu berurusan dengan orang awam di IPD Batu Pahat.

“Ini adalah langkah sementara yang kami ambil. Tindakan sewajarnya akan dikenakan, jika siasatan membuktikan pembabitannya (dalam kes itu),” katanya menurut New Straits Times.

Beliau berkata tindakan akan diambil terhadap pihak berkaitan tanpa kompromi dan beliau menggesa saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Sebelum ini, video kejadian itu tular di media sosial menunjukkan seorang individu dipercayai pegawai polis menampar orang awam di depannya beberapa kali.

Jumaat lalu, FMT memetik Kamarul Zaman sebagai berkata video itu dirakam pada hari sama suspek ditahan pada 15 April 2023.

Katanya siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (secara sukarela menyebabkan kecederaan) dan siasatan tatatertib.


Sumber | FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo