NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PBT Kuala Terengganu arah premis tutup operasi 2 jam setiap Jumaat

MBKT mengarahkan semua premis di Kuala Terengganu ditutup bermula 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang, setiap Jumaat.


PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mengambil tindakan termasuk membatalkan lesen premis perniagaan yang gagal mematuhi
arahan menutup operasi selama dua jam pada setiap Jumaat.

Datuk Bandar Kuala Terengganu Rosli Latif berkata arahan penutupan operasi itu bermula 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang telah dikeluarkan sejak awal bulan ini.

“Jika kita dapati pemilik semua premis perniagaan gagal mematuhi arahan ditetapkan, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan berdasarkan undang-undang yang diguna pakai,” katanya menurut Harian Metro.

Katanya, arahan tersebut turut melibatkan pasar raya, restoran, dan kedai makan.

“Pemilik pasar raya dan semua premis perniagaan termasuk restoran dan kedai makan diminta memberi kerjasama memastikan aktiviti tidak beroperasi dalam tempoh itu,” katanya.

Menurut laporan itu, arahan serupa mengenai penutupan premis perniagaan pada waktu solat Jumaat pernah dibuat, pada 2014.


Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo