- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disarankan melarang penggunaan nombor 3A menggantikan 4 pada tingkat bangunan kediaman bagi mengelakkan kesukaran kanak-kanak mengenal nombor.
- Pemilik akaun Facebook @Taqiuddin Tabarani membuat saranan itu dalam hantaran Facebooknya pada 19 Januari lalu.
- Penggunaan nombor 3A bagi menggantikan 4 adalah disebabkan terdapat masyarakat Cina yang mempercayai nombor 4 akan membawa kecelakaan kerana bunyi nombor 4 (sƬ) dalam bahasa Mandarin sama dengan perkataan kematian (sĒ).
- “Tak patut letak 3A, tak tahu ada apa signifikan,” kata Nick Lam menyokong saranan itu.
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disarankan untuk melarang penggunaan nombor 3A menggantikan 4 pada tingkat bangunan kediaman bagi mengelakkan kesukaran kanak-kanak mengenal nombor.
Pemilik akaun Facebook @Taqiuddin Tabarani membuat saranan itu dalam hantaran Facebooknya pada 19 Januari lalu.
“Dan juga menyukarkan mak ayah menjawab soalan, ‘Kenapa tingkat ni tingkat 13A, mana pergi 4?’” kata Taqiuddin.
Beliau berkata guru di tadika dan pra sekolah mengajar nombor 4, tetapi kanak-kanak akan nampak nombor 3A apabila balik ke rumah.
“Budak sekarang semakin pandai. Tak mustahil satu hari nanti isu ni akan naik,” katanya.
Penggunaan nombor 3A bagi menggantikan 4 adalah disebabkan terdapat masyarakat Cina yang mempercayai nombor 4 akan membawa kecelakaan kerana bunyi nombor 4 (sƬ) dalam bahasa Mandarin sama dengan perkataan kematian (sĒ).
Semakan The Merdeka Times mendapati terdapat netizen yang menyokong saranan itu.
“Tak patut letak 3A, tak tahu ada apa signifikan,” kata Nick Lam.
“Khurafat itu menakutkan,” komen Mark Tch. – The Merdeka Times
Sumber: Facebook Taqiuddin Tabarani
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment