NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAU 2024 diadakan pada 21-24 Ogos ini – Asyraf Wajdi



KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 ini akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 21 hingga 24 Ogos ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, pada malam ini.

Beliau berkata, sebelum itu, UMNO Cawangan dan Bahagian akan mengadakan mesyuarat terlebih dahulu termasuk semua sayap parti itu.

“Persidangan UMNO Cawangan pada 22 April hingga 2 Jun 2024.

“Manakala mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita UMNO Bahagian, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian pada 21 Jun hingga 29 Julai 2024,” katanya pada sidang media di Menara Dato Onn, di sini, malam ini.

Terdahulu Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan mesyuarat MKT yang pertama pada tahun ini. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo